Wanita Adalah Anugerah Terindah Dan Teristimewa.

Oleh: Rafi

Secara psikologi, golongan wanita memiliki beberapa ciri yang unik dalam keperibadian mereka. Dan, kerena sifat-sifat inilah bahawa para wanita sangatlah istimewa. Wanita memiliki kemampuan yang luar biasa untuk mendukung, melindungi, dan menghasilkan kehidupan. Keperibadian seperti ini tidak dimiliki sebahagian besar pada kaum lelaki. Dalam Al-Qur'an saja dapat kita lihat betapa banyak hukum yang dikhususkan untuk wanita, hal ini bukan disebabkan kaum wanita itu lemah dan banyak kekurangan. tetapi karena Allah sangat peduli dan sayang terhadap kita.

'Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang shalihah.' (H.R. Muslim). 

Wahai wanita,

Jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,

Jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.



Wahai wanita,

Jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,

Jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,

Jika engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, 'Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana.'



Wahai wanita,

Jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,

Dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,

Dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu. Hanya Allah Maha Mengetahui Perkara Yang Benar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen