Tips Anda Perlu Lakukan Sekiranya Mengetahui Pasangan BFF Anda Curang.

Anda bukan lah tergolong dalam golongan yang mempunyai pasangan berlaku curang, malah hubungan kalian dengan pasangan sangat serasi. Tetapi, pasangan rakan baik atau bff anda pula yang membuat hal.



Sering kali melihat pasangan bff anda berlaku curang di belakang mereka, membuatkan hati anda membuak-buak untuk memberitahu perkara sebenar. Anda seperti resah kerana tidak tahu bagaimana untuk mengawal perasaan anda dan berterus-terang pada bff, tetapi anda takut untuk masuk campur.

Jadi, jom ikuti tips di bawah.

1. Berterus-terang pada pasangan rakan baik yang curang itu.

Anda tidak mahu menyakiti perasaan rakan baik anda, tapi dalam masa yang sama, anda tidak mahu pula hatinya disakiti dan terluka oleh pasangan mereka. Cara yang lebih selamat adalah dengan berkomunikasi dahulu dengan pasangan mereka.

Sebelum itu, pastikan anda berpasangan dan bukan keseorangan ketika ingin menegur dan menasihati pasangan bff. Jika mereka seperti tidak mahu mendengar teguran, jom ikuti langkah seterusnya.



2. Berterus-terang pada rakan baik anda dan pastikan ada bukti yang sahih!

Langkah pertama tak jalan! Anda mahu menyelamatkan hubungan mereka, dan bertemu terus dengan bff. Apabila ingin berterus terang dengan mereka, pastikan anda mempunyai bukti supaya tidak tersalah info.

Pastikan bff anda dalam keadaan yang tidak sibuk menguruskan hal penting mereka ketika itu, atau berpenyakit. Khuatir akan lebih mudarat penyakitnya nanti.



3. Kesan baik atau buruk apabila berterus terang pada bff.

Pro :

a) Anda dapat menyelamatkan bff anda daripada terus ditipu oleh pasangan mereka.
b) Bff anda akan berterima kasih pada anda kerana membantu mereka dari terus ditipu dan anda tidak lagi menanggung beban kerana terpaksa berahsia dengan mereka.

Kontra :

a) Anda akan dianggap perosak rumahtangga bff anda kerana cuba masuk campur di dalam masalah mereka.
b) Mungkin bff anda akan lebih mempercayai pasangan mereka dan akhirnya terjadi pergaduhan antara anda berdua kerana cuba memfitnah pasangan mereka.

Tetapi jika anda membuat keputusan untuk tidak masuk campur, pastikan anda tidak berterus-terang pada bff anda mahupun pasangan mereka. Biarkan ia menjadi rahsia, dan terpulang pada mereka untuk menguruskan hal rumah tangga dengan sendiri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen