Lima Tanda Anda Mengalami Masalah Percaya Terhadap Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan cinta dengan penipuan itu adalah satu perkara yang menyakitkan. Walaupun pada hakikatnya ia ingin membawa maksud yang baik. Tetapi penipuan tetap penipuan. Seseorang yang pernah ditipu dalam hubungan lalu akan lebih berhati-hati dalam hubungan barunya. Namun, mereka ini terus tidak meletakkan kepercayaan terhadap pasangan mereka, kerana takut dilukai lagi. Mereka ini juga biasanya tidak pernah tahu bahawa mereka tidak percaya terhadap pasangan mereka. Cuma mereka tahu mereka ingin lebih berhati-hati dalam perhubungan itu.



Jika anda miliki lima tanda ini, ia bermakna anda tidak meletakkan kepercayaan terhadap pasangan anda. Walaupun si dia telah berlaku jujur terhadap anda.

1. Menyelongkar telefon bimbitnya.

Perasaan ragu-ragu sentiasa muncul apabila melihat pasangan anda bermain telefon bimbitnya sambil tersenyum. Walaupun katanya berbalas mesej dengan kawannya tetapi kelakuannya itu meragukan anda. Jadi anda mengambil keputusan untuk menyelongkar telefon pasangan anda. Dan anda kerap melakukan itu untuk memastikan pasangan anda tidak menipu dan anda berada dalam keadaan selamat.

2. Mengikutinya keluar bersama rakan-rakannya.

Apabila si dia menyatakan hasratnya untuk keluar bersama rakan-rakannya, anda mula mencurigai tingkahnya. Akhirnya anda membuat keputusan untuk mengikutnya. Walaupun mendapat tentangan, ia bagaikan satu paksaan yang menyebabkan pasangan anda bersetuju dengan perkara itu.

3. Ingin tahu hubungan lalu.

Setiap hubungan yang lalu biasanya tidak perlu diungkit atau dirungkai lagi. Tetapi tidak bagi anda. Apa yang anda lakukan adalah cuba mengorek sebanyak mungkin mengenai kesalahannya pada hubungan lalu. Walaupun ia akan menjadi punca pergaduhan tetapi ia mampu membuat anda puas dan tersenyum.


4. Sentiasa menekan.

Setiap wanita suka memaksa atau menekan pasangannya. Begitu juga jika anda miliki pasangan lelaki. Sebagai pasangan yang baik, anda selalu bertanya di mana kedudukkannya. Tetapi apabila telah dijelaskan, pasangan anda tidak mempercayainya. Malah anda mendesak dirinya untuk berlaku lebih jujur.

5. Selalu ragu akan media sosial miliknya.

Sudah menjadi kebiasaan seseorang itu untuk memuat naik status atau gambar-gambar berkaitan. Tetapi setiap kali perkara ini berlaku, ia mungkin akan menyebabkan pasangan anda ragu-ragu tentang sesuatu perkara. Semakin banyaklah soalan yang akan didesak anda nanti.

Kesimpulannya, kepercayaan itu penting dalam perhubungan. Tetapi jangan terlalu percaya dalam perhubungan, letakkan sedikit ketidak percayaan agar anda tidak terluka. Tapi tidak semua orang yang kita kenal ini akan menipu kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen