Tanda-tanda Jatuh Cinta Pandangan Pertama.

Cinta adalah fitrah manusia. Tetapi perlulah dinilai cinta itu berlandasakan apa? Adakah kerana nafsu atau kerana pencipta. Ada sebahagian orang mencintai pasangan kerana fizikalnya, ada juga kerana sifat dan cara pasangan tersebut. Jadi, cinta pandangan pertama ini wujud dan benar. Antara tanda-tanda cinta pandangan pertama:



1. Berdebar.

Ini adalah tanda utama apabila sudah jatuh cinta pandangan pertama. Tiba-tiba saja hati jadi berdebar saat bertemu si dia. Tak boleh duduk diam. Perasaan lain macam dalam diri menyebabkan hidup tak tentu arah gitu. Wohoo

2. Karekter berbeza.

Jika sebelum ini sikap seseorang itu suka berjenaka, tiba-tiba sahaja apabila bertemu si dia, dia boleh menjadi seorang yang berbeza. Tiba-tiba diam. Atau boleh jadi juga sakan seseorang itu mengusik si dia. Amboi.

3. Merapikan penampilan.

Iyalah. Depan orang yang disukai, pastilah mahu kelihatan kemas bukan? Jika wanita, tudungnya dibetulkan walaupun kadang kala sudah sempurna, mukanya di make-up sedikit. Jika lelaki pula, rambut dan pakaian dirapikan dengan sempurna. Haaa. Apa senyum-senyum tu? Pernah buat ke? Hehehe

4. Sering teringat.

Apabila sudah bertemu, balik saja, terus teringat. Orang kata, “makan tak kenyang, mandi tak basah” sebab sentiasa teringat akan si dia. Confirm, itu adalah cinta pandangan pertama. Yang paling penting, muka tu. Sentiasa tersenyum jika teringat akan si dia. Kalau kawan datang, pandai pula cover. Eh! Hehehe

5. Ambil tahu.

Walaupun masih tidak mengenai si dia, seseorang itu akan berusaha keras untuk mencari maklumat si dia. Iyalah. Sudah berkenan di hatilah katakan. Tanya kepada orang, sedaya upaya menyiasat di media sosial kotlah terjumpa maklumat si dia kan?


Oleh itu, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah bagi hint kepada si dia jika anda seorang wanita. Kalau lelaki, buat cara macho. Jumpa ibu ayah si dia dan minta izin mereka untuk berkahwin dengan si dia. Tu baru cara yang betul. Jika tanda-tanda ini terdapat kepada rakan anda, bantulah dia. Mungkin dia tidak tahu cara untuk melanjutkan pertalian tersebut. Tanya dan bantu. Baru namanya kawan sejati.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen