8 Tanda Bahawa Dia Adalah Jodoh Anda.

Oleh: Rafi

Uda dan dara yang masih bujang pasti sering tertanya-tanya dalam hati siapakah orang yang akan menjadi jodohnya nanti, di manakah dia sekarang, dan bagaimana anda bertemu dengannya. Anda tidak sendiri. Tetapi percayalah, suatu hari nanti akan bertemu juga dengan si dia yang dinanti. Berikut lapan tanda bahawa dia adalah jodoh anda.



1. Anda dan si dia dapat bersatu tanpa banyak halangan.

Anda selama ini selalu gagal dalam menjalin kasih dengan orang lain, tetapi tiba-tiba anda bertemu dengan seseorang dan hubungan anda berjalan tanpa halangan. Segalanya tampak mudah. Mungkin dia adalah jodoh anda.

2. Keluarganya menerima anda dengan senang hati.

Perkahwinan menyatukan dua keluarga besar. Oleh sebab itu, jika si dia benar-benar adalah jodoh anda, keluarganya akan menerima anda dengan senang hati.



3. Anda menghargai perbezaan di dalam hubungan.

Setiap orang memiliki keperibadian yang berbeza-beza yang dipengaruhi oleh pola asuh dan tradisi keluarga masing-masing. Namun, dalam menjalin kasih dengannya anda sama sekali tidak menjadikan perbezaan kebiasaan tersebut sebagai suatu masalah sebaliknya perbezaan uitulah yang menjadikan anda dan si dia saling melengkapi.

4. Hubungan anda jadi semakin dekat dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Ketika si dia adalah benar-benar jodoh anda, maka hubungan anda dengannya akan berubah menjadi semakin dekat. Terkadang anda akan merasa sangat merindukan dan memerlukan kehadirannya dalam kehidupan sehari-hari anda. Dengan kata lain, anda berdua saat ini sudah sangat saling memerlukan antara satu sama lain.

5. Memiliki tujuan hidup yang sama.

Setelah menjalin kasih sekian lama, anda berdua kini merasa semakin mantap untuk melanjutkan hubungan ke arah yang lebih serius. Pada tahap ini anda berdua telah memiliki tujuan hidup serta komitmen yang sama untuk membangun sebuah keluarga yang bahagia.



6. Bersamanya anda merasa mampu untuk menjalani masa depan.

Anda tidak ragu-ragu untuk 'menatap' masa depan bersamanya. Anda berdua yakin boleh mengharungi bahtera rumah tangga bersama.

7. Dia akan menerima anda seadanya.

Tidak ada alasan bagi dirinya untuk menolak cinta anda dan ajakan anda untuk berkahwin dengannya. Kelemahan anda di matanya bukan lagi masalah besar kerana dia menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna.

8. Tidak ada kepura-puraan.

Hubungan anda dengan si dia akan berjalan secara telus tanpa ada kepura-puraan. Anda tahu kekurangan dan kelebihannya. Anda bahkan sudah kenal betul rutin dan perkara yang menjadi kebiasaannya. Namun anda berdua tetap akan saling melindungi dan menjaga antara satu sama lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen