Cara Menyelesaikan Masalah Dalam Perhubungan.

Masalah akan timbul dimana-mana sahaja. Terpulang kepada kita untuk menyelesaikan masalah tersebut bagaimana. Apapun, pastinya kita tidak akan berlama-lama dengan masalah itu. Kerena dengan memikirkan masalah, akan mengusutkan fikiran bahkan merosakkan perhubungan. Antara langkah yang perlu diambil dalam menyelesaikan masalah adalah dengan:



1. Jujur.

Kedua-dua pihak perlu berkata benar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika salah seorang masih lagi menyimpan rahsia, takut akan mendatangkan masalah baru dalam perhubungan. Jadi, berkata benarlah dalam percakapan.

2. Bertenang.

Tidak perlu berkeras untuk menyelesaikan masalah. Dengan berkeras, menunjukkan kita kurang matang dalam menyelesaikan masalah. Biarpun pasangan anda menentang dengan keras, tenang dan bersabar. Jika anda seorang yang benar, ketenangan tersebut akan membuatkan emosi pasangan kembali pulih dengan sempurna.

3. Tanya.

Jika ada perkara yang berlegar difikiran, tanyakan terus kepada pasangan tentang hal tersebut. Usah membuat andaian yang bukan-bukan. Kerana dengan andaian itu akan merosakkan lagi perhubungan.

4. Cari penyelesaian.

Masyarakat kita sepertinya sudah terbiasa untuk memperbesarkan lagi masalah dengan pergaduhan dan sebagainya. Itu bukan caranya. Sebaliknya tumpukan kepada masalah, dan cari solusi. Dengan cara itu lebih mudah untuk menghentikan pertelingkahan.

5. Berkata maaf.

Jika salah, katakan saja maaf. Andaikata anda tidak bersalah sekalipun, dengan berkata maaf dapat meredakan keadaan. Susah untuk diungkap. Tapi dengan ungkapan tersebut sebenarnya dapat menjadikan kita seorang yang rendah diri dan menjadi manusia yang lebih baik. Bermaksud, menghilangkan ego dalam diri.


Apapun, selesaikanlah masalah tersebut dengan rasional. Kita kan sudah dewasa. Jadi usah berlama-lama dalam pergaduhan tersebut. Buang masa dan tenaga. Rugi hidup kita bukan?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen