Wanita Akan Pandang Rendah Pada Lelaki Yang Mempunyai 5 Ciri-Ciri Ini.

Kini, bukan sahaja lelaki gemar memandang rendah pada wanita, malah wanita juga sering memandang rendah pada lelaki yang bukan menjadi kegemaran mereka. Mentaliti masyarakat juga seolah-olah menyatakan wanita yang sering memandang rendah pada lelaki akan menjadi single dengan lama, kerana terlalu cerewet.



Jadi, lelaki jenis yang bagaimanakah akan di pandang rendah oleh wanita? Jom baca.

1. Lelaki yang terlalu baik.

Lelaki yang terlalu baik adalah lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk wanita sehingga membuatkan wanita itu berasa rimas. Lelaki ini juga sanggup mengambil risiko yang tinggi sehingga memudaratkan diri sendiri tetapi sering mengatakan dirinya ‘okay’. Mereka seperti tidak kisah diri mereka yang terluka dan tersakiti.



2. Lelaki yang pemalu dan gementar.

“Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang”

Jika seorang wanita cuba mendekati lelaki, sudah tentu mereka berminat untuk berkenalan dengan lebih rapat. Tetapi lelaki ini seperti tidak ada langkah yang seterusnya untuk mengambil hati wanita tersebut kerana terlalu gementar. Jika ia berterusan, wanita akan bosan dengan anda.

Wahai lelaki, sila keluar daripada zon selesa!

3. Lelaki yang tiada matlamat hidup.

Kini, wanita memandang lelaki yang bekerjaya walaupun bergaji kecil daripada mereka. Wanita sekarang seperti mahukan lelaki yang tidak bergantung harap pada mereka terutama dari segi kewangan, kerana mahu melihat usaha lelaki tersebut. Jika lelaki itu sanggup bertukar kerjaya, sudah tentu wanita melihat anda serius dengannya.



4. Lelaki yang sensitif.

Wanita akan berasa ralat, jika seorang lelaki itu lebih sensitif daripada dirinya. Ini kerana, wanita memang secara lumrah sangat beremosi berbanding dengan lelaki. Tetapi lelaki dianggap macho dan tidak mengeluarkan air mata.

Wanita kurang berkeyakinan pada lelaki yang ‘lembik’ dan gemar ‘menangis’. Wahai lelaki, tunjukkan pada wanita bahawa anda mampu melindung mereka!

5. Lelaki yang sombong dan pentingkan diri.

Dengan anak-anak kecil pun lelaki mahu menang, apatah lagi dengan orang dewasa seperti golongan anda. Sudah la suka mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hati pasangan, sukar pula mengaku salah. Memang wanita akan melambaikan tangan dan meninggalkan lelaki sebegini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen