Tanda Seorang Lelaki Bersungguh Ingin Mengahwini Anda.

Setiap orang pasti akan mempunyai rasa cinta terhadap seseorang. Tetapi kita boleh menilai samaada seseorang itu bersunguh atau mahu bermain cinta sahaja bersama kita. Antara bukti yang boleh dijadikan panduan kepada kita iaitu petanda lelaki tersebut ingin mengahwini kita antaranya:



1. Menunaikan Janji.

Lelaki yang bersungguh untuk mengahwini seseorang akan mengotakan janji terhadap pasangannya. Dia tidak akan memberikan kata-kata atau harapan palsu kepada seseorang. Tetapi perlulah kita memberi date line kepadanya agar dia dapat menunaikan janji tersebut. Misalnya dia mengatakan akan berjumpa ibu ayah, maka dia tunaikan janji tersebut.

2. Impian bersama anda.

Melalui kata-kata seseorang kita dapat mengenal pasti akan kesungguh mereka. Dia mempunyai matlamat jangka panjang bersama anda. Misalnya, dia menyatakan bahawa dia mahu mempunyai rumah, anak-anak yang baik apabila bersama kelak. Matlamat jangka panjang ini akan menentukan siapakah dia di masa hadapan.

3. Berjumpa ibu bapa.

Apabila dia berjumpa ibu bapa, ini bermakna memang benar dia menginginkan anda. Maka, terimalah dia jika baik akhlak dan agamanya. Orang yang benar-benar menginginkan anda tidak akan bermain cinta sebelum nikah. Tetapi dia akan pastikan anda bersamanya dengan cara yang baik kemudian memulakan hidup yang baru bersama anda.

4. Wang hantaran.

Sebahagian menganggap wang hantaran bukanlah hal yang penting. Tetapi dengan adanya wang hantaran, kita dapat mengenal pasti adakah dia bersungguh atau main-main dalam bercinta. Dengan bekerja keras untuk mengumpulkan wang hantaran, dikorbankan masa untuk membuat dua pekerjaan dalam satu masa, itu bukti kesungguhnya. Apabila dia bersungguh, usahlah mempermainkan perasaanya. Jaga diri dengan sebaik mungkin, jalankan tanggungjawab sebaik mungkin setelah bernikah kelak.


Jadi, dengan empat perkara ini dapat dipastikan bahawa seorang lelaki itu benar-benar ingin mengahwini anda mahupun tidak. Jika selama ini dia hanya membuang masa bermain cinta dengan anda tanpa menunjukkan kesungguhan untuk mengahwini anda, adalah lebih baik untuk anda membuat kata putus untuk tidak bersamanya lagi. Kerana kemungkinan besar dia hanya ingin mempermainkan anda. Jadi, buatlah keputusan yang tepat dalam hidup.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen