5 Perkara Yang Sering Di Lakukan Oleh Wanita Untuk Tidak Terluka Lagi, Tanpa Lelaki Sedar.

Wanita yang sering dipermainkan dan terluka, mereka akan menjadi lebih berhati-hati dengan setiap perilakunya sendiri. Jadi, apakah perkara-perkara yang sering di lakukan oleh wanita untuk tidak terluka lagi.



1. Mereka tidak akan bercerita tentang kisah silam nya lagi.

Wanita jenis ini, tidak pernah dan tidak akan bercerita tentang kisah silamnya yang gelap. Lelaki yang cuba mengenali wanita ini, sering kali tertanya-tanya, apakah peristiwa silam yang begitu menyakitkan hati mereka sehingga mereka sendiri tidak mahu di tanya kisah silam mereka.

Mereka khuatir, jika mereka menceritakan segalanya tentang kisah silam, sama ada lelaki akan meninggalkan mereka atau mereka sendiri akan meninggalkan lelaki tersebut.

2. Mereka akan mengambil masa yang lama untuk membalas whatsapp.

Mereka khuatir, jika mereka membalas whatsapp lelaki tersebut dengan cepat beberapa saat, lelaki akan cepat bosan. Bosan dengan kehadiran mereka yang tiada cabaran. Andaian mereka, cukup lah sekadar memberi ruang beberapa jam dan hari untuk membalas whatsapp kerana tidak mahu diganggu dan menganggu lelaki tersebut.



3. Mereka sering mengatakan bahawa mereka ‘okay’.

Wanita jenis ini juga, sering mengatakan bahawa mereka dalam keadaan yang baik seperti “saya okay, awak jangan risau”, kerana mereka khuatir mereka kelihatan sangat lemah dan manja dengan pasangan. Mereka terlalu berhati-hati dan tidak mahu menyusahkan mana-mana lelaki, dan mahu berdikari.

Padahal, hati dan perasaan mereka sangat memerlukan seseorang untuk menolong mereka.

4. Mereka sering memutar belit kan perbualan.

Apabila seorang lelaki cuba untuk mengenal mereka dengan lebih rapat dan untuk mengetahui kisah silam, mereka cepat-cepat menukar topic dan cuba mengalihkan cerita tentang perkara lain. Ini kerana, mereka khuatir, jika terbuka cerita tentang kisah silam kepada lelaki tersebut, dan menjadi semakin misteri.

5. Mereka seorang overthink.

Oleh kerana mereka terlalu berhati-hati dengan setiap perilaku mereka dan mungkin terlalu paranoid, mereka menjadi over think. Mereka terlalu banyak berfikir, jika lelaki tersebut masih menyayangi mereka atau tidak, masih mahu mengambil berat tentang mereka atau tidak. Setiap gerak-geri mereka mahu pun lelaki tersbut, menjadi tanda tanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen