8 Fakta Tentang Bercinta Cara Anak Muda Zaman Sekarang.

Kini, sosial media adalah platform untuk anak muda meluahkan rasa cinta mereka. Jika zaman dahulu, boleh di katakan sebelum tahun 2000, menulis surat dan meletak bedak di celahan setiap muka surat adalah wajib bagi pasangan untuk memastikan rasa cinta sentiasa berbunga.

Tetapi kini, bukan lagi haruman sahaja yang hilang, bakat untuk menulis bahasa puitis juga anak muda tidak mampu mewarisi. Segalanya di alam maya, yang kita sukar untuk mengetahui dengan lebih dalam sifat dan sikap sebenar seseorang.



Jadi, jom kita ketahui, bagaimana anak muda remaja zaman sekarang bercinta dengan sosial media?

1. Mereka akan pastikan setiap momen bersama pasangan akan di kongsikan di sosial media. Gambar, video mahu pun segala perbualan dengan pasangan di whatsapp juga mahu dikongsikan.

2. Apabila pasangan tidak memberi respon pada whatsapp mahu pun text sms, salah seorang pasti akan memuat naik status di facebook mahu pun di twitter.

“lebih baik balas whatsapp esok je”

3. Dengan ada nya aplikasi wechat dan snapchat yang memerlukan seseorang untuk meletakkan username. Mereka bukan meminta nombor telefon bimbit pasangan terlebih dahulu, tetapi username untuk aplikasi tersebut.



4. Untuk mereka yang mengenali pasangan dari sosial media, mereka juga berkemungkinan putus cinta hanya menggunakan kaedah online sahaja. Block atau pun unfriend. Lebih mudah.

5. Dengan ada nya sosial media, kita dapat lihat banyak juga aplikasi untuk mengenali pasangan seperti Test personality. Jadi, anda tertanya-tanya, adakah ia cara yang rasional untuk mengenali pasangan?

6. Mereka berdua hanya bergantung pada telefon bimbit sahaja. Apabila bertemu, telefon bimbit lebih utama daripada pasangan, kerana setiap momen mahu dimuat naik pada sosial media.

7. Segala komunikasi pasangan anak muda sekarang bergantung hanya pada sosial media sahaja, facebook, instagram, twitter, snapchat, beetalk, wechat. Mereka seolah-olah tidak berkomunikasi dengan bertemu dan bertentang mata.

8. Apabila pasangan bercinta telah putus cinta, sudah tentu mereka mahu viralkan muka bekas kekasih dan menggelarkan mereka dengan gelaran kata-kata yang kesat. Malah lebih tragis, sanggup membuat video sambil menangis dan merungut tentang sikap bekas kekasih.


 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen