Wanita Baik Sanggup Bersama Orang Disayangi Walau Dalam Keadaan Susah.

Kebanyakkan wanita, dia sanggup bersusah payah bersama seorang lelaki yang dicintainya. Kerana tiada siapa-siapa yang boleh menakluk hatinya kecuali lelaki itu. Dia tidak membandingkan lelaki yang dicintai dengan orang lain. Berbeza dengan orang yang sudah berumah tangga sebelum ini, atau bercinta sebelum bertemu kau, banyak perbezaan akan kelihatan daripada sosok lelaki yang berbeza.

Apabila bersama dengan wanita yang telah mempunyai kekasih sebelumnya, kemungkinan perbandingan antara kekasih terdahulu dengan sekarang akan dinilai. Melalui kewangan, kesetiaan misalnya. Perbandingan ini akan menyebabkan seorang lelaki lelah untuk memenuhi keinginan wanita tersebut. Tetapi, apabila wanita tersebut mempunyai iman dan kuat agamanya, perbezaan tersebut tidak akan terlintas difikirannya, apatahlah lagi diucapkan untuk menyakiti suaminya.



Percayalah. Sebenarnya seorang wanita yang telah menerima kau, dia percaya akan kepimpinan kau kelak. Rela menjadi orang bawahan kerana yakin kau boleh menjadi imamnya. Walaupun dia baru mengenali dan belajar untuk mencintai kau, dia sebenarnya sedang belajar juga untuk berjuang menempuh dugaan yang mendatang kelak.

Apabila kau bertandang ke rumah wanita tersebut lalu meminta izin untuk dikahwini. Dia menerima kau setelah berfikir panjang dan munajat kepada tuhan. Itu bermaksud dia juga bersedia menerima apa juga keadaan kau.


Maka, seorang lelaki. Usahlah kau mempermainkan hati. Jadikan dia setia bersama kau sehingga akhir hayat. Jika kau benar cinta terhadapnya, jaga dirinya, bukan menjatuhkan maruahnya. Sebelum melangkah untuk ke gerbang perkahwinan, sebenarnya kau telah memegang amanah. Iaitu amanah dalam menjaga kehormatan. Kehormatan diri kau, dan diri wanita tersebut. Maka, jagalah dengan sebaik mungkin.

Ketika kau menjaga amanah tersebut sebelum bernikah lagi, kelak rumah tangga kau juga akan bahagia. Kerana diri kau telah dilatih untuk tidak memandang kecantikan orang lain kecuali isteri yang kau cintai.


Perelokkanlah diri sebelum melangkah jauh. Dalami ilmu agama sebaik mungkin, kerana tanggungjawab kau kelak terlalu besar. Dosa kau, isteri dan anak-anak semua terpikul di atas bahu. Nasihati juga wanita yang kau cintai, sebab, dirahimnya akan terhasil zuriat kau. Jika baik cara kau didik, maka baik jualah zuriat tersebut kelak. Anak-anak ibarat kain putih, kau dan isterilah yang mencorakkannya untuk menjadi seperti apa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen