Empat Cara Membuat Si Dia Memohon Maaf Pada Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki ini biasanya susah nak meluahkan kata maaf, walaupun pada wanita yang disayanginya. Tetapi sebagai seorang wanita yang penuh dengan keayuan dan kemanjaan, terdapat beberapa tips yang membolehkan pasangan kita memujuk diri kita. walaupun ia tidak mahu tetapi si dia akan terpaksa buat demi anda.



Empat cara ini akan membuat lelaki serba salah lalu memohon maaf. Ayuh gunakan senjata wanita.

1. Pura-pura merajuk.

Setiap wanita sememangnya terkenal dengan perangai merajuknya. Jadi apabila selisih faham dengan pasangan anda, cuba untuk menunjukkan anda sedang merajuk dengannya. Tetapi kalau boleh merajuk manja. Hal ini supaya, perselisihan faham anda dan pasangan tidak menjadi lebih besar.

2. Diamkan diri.

Banyak diam kan diri anda sehingga membuat dirinya merasa serba salah. Jika anda sentiasa ceria ketika di sampingnya tiba-tiba berubah kepada pendiam, pasti ia akan membuatkan pasangan anda merasa serba salah akan tingkah lakunya.


3. Buat muka sedih.

Buat memek muka sedih akan membuatkan rasa sedikit kelakar. Tetapi dalam kelakar itu akan membuat dirinya memohon maaf. Mana boleh tahankan nak tengok muka pasangan kita sedih sentiasa. Jadi nak tak nak mereka terpaksa.

4. Sindiran.

Luahkan kata-kata sindiran seperti, “tak nak mintak maaf sudah, biar dia sorang-sorang”. Jadi pasangan anda pasti akan mula mendekati anda. Tapi jangan gunakan sindiran yang kasar hingga menyebabkan si dia pula terluka. Lebih baik gunakan sindiran manja tetapi terasa.

Tetapi, jangan terlalu kerap menggunakan keempat-empat perkara ini. Nanti bila sudah jadi kebiasaan sudah tidak seronok pula. Lagipun kadang kala wanita pun kena rendahkan egonya demi orang tersayang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen