Lima Cara Kawal Perangai Ego Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini kita tahu kaya dengan egonya yang tinggi. Demi menjaga ego mereka ini, mereka sanggup mengetepikan rasa sayang dirinya dari seorang wanita. Jadi sebagai seorang wanita, anda perlu bijak dalam mengatur perancangan. Apa perancangannya? Perancangannya ialah mengawal ego pasangan anda terutama di hadapan keluarga dan rakan-rakannya.



Ini dia lima cara mengawal perangai ego pasangan anda.

1. Jika tersilap anda cepat memohon maaf.

Apabila anda lakukan kesilapan, cepat-cepat memohon maaf padanya. Jangan pernah melewatkan kata maaf anda walaupun sekejap. Hal ini kerana, apabila kita mula menunjukkan rendah diri kita, pasangan kita akan merasa malu dengan kita. Maka si dia akan meniru langkah anda tadi.

2. Pujian.

Jika pasangan anda sedang menunjukkan egonya di hadapan orang lain. Mula keluarkan kata-kata pujian untuk memujuknya. Sebagai contoh “abang memang macam itu, tapi hati dia baik”. Kata-kata seperti ini akan membuat hatinya sedikit sejuk walaupun pada ketika itu egonya sedang meninggi.

3. Buat mereka rasa mereka betul.

Biasanya orang ego ini merasakan apa yang keluar dari mulutnya itu betul. Jadi anda sebagai pasangannya setuju sahaja kata-katanya. Tetapi, letak kan perkataan perbandingan yang elok agar membuat pasangan anda berfikir untuk kedua kali.


4. Dengar mereka kata.

Orang ego ini hanya mahu kita dengar segala pendapat yang mereka berikan. Jadi sebagai pasangan mereka. Anda dengar sahaja kata pasangan anda dan jangan membantah. Tetapi ia seumpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Biarkan sahaja mereka lepaskan apa mereka rasa.

5. Buat mereka rasa mereka bijak.

Biarkan sahaja keputusan yang dipilih dan dilakukan itu. Bagi mereka rasa kesilapan dalam hidup mereka. Hal ini kerana, jika mereka belajar dari kesilapan maka mereka akan memberi ruang untuk pandangan orang lain masuk dalam hati mereka.

Ego pasangan ini perlu dikawal dengan sebaiknya. Kalau boleh jangan dilawan ego itu, ia akan menyebabkan pergaduhan yang besar antara satu sama lain nanti. Jadi bimbang mereka untuk mengawal ego mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen