Kenapa Perlu Daftar Perkahwinan Di Pejabat Agama Islam?

Terkadang kita terfikir apa keperluan kita mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama? Benar bukan? Sedangkan mengikut hukum Islam, perkahwinan tetap sah sekiranya ijab qabul dilakukan secara betul dan benar tanpa ada pendaftaran.



Tetapi, ketahuilah. Dokumen adalah sangat penting dan bermakna dalam pelbagai urusan sekarang. Lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang wanita, dokumen ini sangat berguna jika terdapat masalah setelah berumah tangga kelak. Kes perkahwinan di luar negara tanpa mempunyai dokumen yang sah akan menyebabkan perbagai implikasi dalam rumah tangga. Antara sebab kita sebagai penduduk muslim di Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan di Pejabat Agama kerana:

  1. Apabila berlaku pergaduhan besar dalam rumah tangga, mana-mana pasangan boleh mengambil kesempatan atas ketiadaan dokumen tersebut.
  2. Seorang lelaki yang ingin rujuk bekas isterinya, tetapi wanita tersebut tidak mengaku pernah berkahwin dengan lelaki tersebut. Tanpa mengetahui saksi dalam perkahwinan, akan menyulitkan keadaan untuk mengesahkan perkahwinan tersebut.
  3. Jika dokumen tersebut palsu, proses perkahwinan akan sulit lebih-lebih lagi apabila pasangan tersebut sudah bercerai.
  4. Lelaki menafikan anak yang dikandung oleh wanita tersebut sebagai anaknya setelah bercerai. Maka, hak penjagaan anak tersebut tidak terbela.
  5. Tanpa dokumen, status anak yang dilahirkan kelak akan menjadi isu besar untuk menyokong dokumen kelahiran dan proses pendaftaran anak.
  6. Anak gagal mendapatkan hak kewarganegaraan sekiranya pasangan tersebut tidak daftar perkahwinan.
  7. Seorang anak tidak mendapatkan pendidikan formal di sekolah tanpa dokumen tersebut.


Perlu diketahui, mereka yang berkahwin di luar negara dan tidak melakukan pendaftaran dalam masa enam bulan setelah pulang ke Malaysia,membuat akaun atau penyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan, berkahwin tidak mengikut undang-undang, poligami tanpa kebenaran mahkamah, tidak membuat laporan terhadap perkahwinan yang perlu didaftarkan, bersubahat atas kesemua kesalahan tersebut, boleh dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, caknalah kita akan hal-hal ini agar tidak berlaku dikalangan keluarga kita. Sebarkan kepada mereka akan keperluan mendaftarkan perkahwinan di Pejabat Agama. Mengikut pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahibul Samahah Datuk Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri menyatakan bahawa, penduduk muslim yang menetap di Malaysia wajib mengikuti Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam agar tidak berlaku kemaslahatan yang lebih besar kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen