Lima Tanda Si Dia Cinta Anda Dari Jauh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan suka sahaja yang boleh dari jauh, cinta juga boleh dilakukan dari jauh. Tapi ia bukan cinta jarak jauh. Itu jika anda dan dirinya telah mempersetujui untuk sesuatu perhubungan. Tetapi cinta dari jauh ini ialah, seseorang yang mencintai kita tanpa kita sedar akan perasaannya itu. Selalu juga, mereka ini tidak mahu seseorang menghidu perasaan dan tindakan mereka. Mungkin ia boleh jadi dalam banyak rakan-rakan kita yang kita sendiri tidak sedar. Walaupun menggunakan alasan sekadar kawan, ia adalah faktor untuk mendekatkan diri dengan anda. Boleh jadi juga, ia orang yang kita terjumpa setiap hari tanpa kita sedar.

1. Kerap bertanya khabar.

Apabila ia hadir dari salah seorang rakan anda, ia kerap bertanya khabar ataupun perhubungan anda dengan pasangan anda. Ia hanya ingin tahu bagaimana hubungan anda dan pasangan sebelum ia memulakan langkah untuk memikat anda. Walaupun anda dan dirinya kerap berjumpa, ia tetap akan mempersoalkan perkara itu.

2. Cuba berborak panjang.

Sudah bertanya khabar, mestilah ingin teruskan perbualan. Maka ia mula mencari topik untuk berbual panjang dengan anda walaupun ia kelihatan mengejar masa. Namun demi masa yang terluang untuk anda membuatkan dirinya mempergunakan masa itu dengan sebaik-baiknya.

3. Mengajak anda keluar.

Jarang berjumpa, tapi tiba-tiba si dia ajak lepak bersama-sama. Bukankah itu pelik namanya. Lainlah kalau anda dan dirinya berkawan baik. Jadi tidak ada masalah untuk si dia mengajak anda keluar. Ataupun anda dan dirinya pernah lepak bersama-sama itu mungkin boleh diterima.

4. Mencari alasan untuk berjumpa dengan anda.

Apabila anda senyap, si dia mula gelisah. Apabila tidak berjumpa dengan anda hatinya mula tak tenang. Jadi si dia sudah mula mencari alasan untuk berjumpa dengan anda. Mungkin anda akan menolak tetapi ia tetap akan berpuas hati.

5. Ingin berkenalan dengan lebih rapat.

Mula-mula dirinya hadir sebagai kenalan, selepas itu hadir sebagai rakan. Kini ingin lebih rapat seperti kawan baik anda. Tetapi niatnya hanya mahu menyelami hati anda tanpa anda sedar.

Jadi jika ada seseorang yang cuba mendekati anda, awasi setiap pergerakkannya. Hal ini mungkin kerana si dia mencintai anda dari jauh. Tetapi tidak ada keyakinan diri untuk melamar anda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen