Duit Persiapan Perkahwinan Masih Tak Cukup? Doa Mudah Untuk Membuka Pintu Rezeki.

Pening duit hantaran masih tak cukup-cukup? Usah risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini, ada beberapa doa yang dianjurkan untuk kita amalkan agar rezeki kita diperluaskan. Doa yang dikongsikan ini mudah dan ringkas untuk diamalkan. Mungkin kita pernah mendengar, tapi terlupa. Antara doa tersebut adalah:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”
[HR. Ibnu Majah]

اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ
“Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran, kemiskinan dan seksa kubur.”
[HR. Ahmad dan Nasa’i]

اَللّٰهُمَّ اَكْفِنِيْ بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan kurniaan-Mu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.”
[HR. Ahmad]



Oleh itu, pilih sahaja doa yang ingin diamalkan. Teruskan istiqomah berulang-ulang kali agar permohonan kita diterima oleh Allah. Amalkan doa ini bersungguh-sungguh. Dilakukan setiap kali setelah menunaikan solat adalah lebih baik. Lebih-lebih lagi solat sunat di malam hari. Dalam mengamalkan doa ini, seringkan juga untuk kita beristighfar. Kerana dengan demikian dapat mengampunkan dosa kita. Apabila dosa dihapuskan, mudah jualah bagi Allah untuk memenuhi permintaan kita.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen