Tiga Perkara Lelaki Mahukan Daripada Wanita.

Untuk memenangi hati seorang lelaki, terlalu mudah sebenarnya untuk dilakukan oleh seorang wanita. Tetapi, seorang wanita perlulah memahami bahawasanya lelaki mempunyai karekter yang berbeza berbanding wanita. Antara perkara yang diperlukan oleh mereka dalam kehidupan berpasangan adalah:



1. Dorongan.

Dorongan menyebabkan seorang lelaki lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu. Kata ucapan ‘terima kasih’ adalah sebuah penghargaan buatnya. Andaikata kita dapat melakukannya setiap hari, pasti dia akan membantu kita tanpa disuruh. Percayalah. Kajian ini terbukti dan sangat berkesan. Mereka memerlukan penghargaan, lebih-lebih lagi dari orang yang disayangi.

2. Kesetiaan.

Setia bersama si dia sewaktu mereka senang mahupun susah. Ketika susah, waktu inilah kesetiaan diuji untuk seorang wanita. Walau apapun yang terjadi, tetaplah disampingnya. Dengan sikap begitu, seorang lelaki akan lebih bersemangat untuk terus hidup dan memulakan kehidupan yang baru setelah ditimpa musibah.

3. Perhubungan.

Sebelum berumah tangga, seorang wanita dididik untuk menjaga batas pergaulan. Antara sebabnya adalah, wanita adalah seorang yang eksklusif untuk orang yang memilikinya sahaja. Ia terlalu limited edition. Iaitu hanya untuk suaminya sahaja. Oleh itu, peliharalah maruah apabila belum berumah tangga agar ianya dapat diberikan kepada yang hak.

Bagi yang belum berkahwin, jadikan ini sebagai ilmu rumah tangga kelak. Perhubungan suami isteri adalah penting bagi suami. Itu tanda anda menghormati mereka. Laksanakan dengan sebaik mungkin. Jika diminta, penuhi. Tetapi lebih baik wanita memulakan kerana mereka akan merasa dia diperlukan. Sebabnya, sifat mereka adalah ‘hero’ iaitu sebagai penyelamat kepada anda.


Hidup kita memerlukan prinsip hidup. Disarankan agar mana-mana pasangan perlu hadam dan hayati kata-kata ini agar sebuah pasangan dapat bertahan. “memberilah sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.” Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa. Tapi tujukan kata-kata itu kepada diri kita sendiri. Kerana yakinlah, “what you gift, you get back.” Percaya apa yang berikan akan mendapat balasan yang setimpal. Jika tidak daripada pasangan, daripada Allah kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen