Kelebihan Mempunyai Pasangan Anak Kedua.

Kebanyakkan pakar psikologi menyatakan bahawa anak kedua mempunyai karekter yang unik berbanding adik beradik yang lain. Apapun, ia terpulang kepada cara didikan dan situasi seseorang dalam hidup kekeluargaan. Antara sifat dominan yang terdapat pada anak kedua ialah:



1. Suka membantu orang lain.

Anak ke dua mempunyai sifat yang baik seperti pemurah dan baik hati. Oleh itu, dia suka membantu orang lain yang memerlukan. Lebih-lebih lagi keluarga sendiri. Apa yang ada, didahulukan demi keluarga melebihi dirinya sendiri. Tidak sanggup melihat orang di dalam kesusahan. Kalau anda dalam kesusahan, apatah lagi. Pasti akan dibantu.

2. Tetap pendirian.

Disebabkan sudah terbiasa dari kecil mempunyai pesaing iaitu anak sulung, dia menjadi kental dalam hidup. Apa yang dilakukan akan didapatkan dengan sebaik mungkin. Dia akan berusaha keras ke arah tersebut walaupun mempunyai halangan tertentu. Tetap pendiriannya. Itu pinsip yang dipegang. Jadi, fahamilah si dia.

3. Tersenyum dalam duka.

Apabila dilanda kesusahan, dia tidak suka untuk mempamerkan kesedihan tersebut di hadapan orang. Menangisnya sendiri dan akan tenang dengan cara itu. Sesekali pujuklah atau biarkan dirinya bersendirian seketika.

4. Mengalah.

Seperti anak sulung, dia juga sering mengalah dalam beberapa situasi. Dalam keluarga, dia bersama adik-adik akan bertoleransi dan lebih banyak mengambil pendekatan mengalah kerana dia adalah orang yang kedua tertua dari adik beradik yang lain.

5. Berdikari.

Anak kedua biasanya adalah orang kedua akan diberi tanggungjawab setelah anak pertama tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Oleh demikian, anak kedua sudah terbiasa untuk berdikari. Dia juga boleh mengatasi masalah dengan sebaik mungkin dan mudah adaptasi dalam pergaulan. Maka, beruntunglah anda jika dapat bersama dengan anak kedua.


Apapun, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Terimalah kekurangan tersebut dengan baik dan lengkapilah kekurangan pasangan dengan kelebihan anda. Bantu mereka jika mereka memerlukan. Baru syok hidup berpasangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen