Empat Tindakan Yang Anda Perlu Lakukan Apabila Pasangan Anda Bertindak Kasar Terhadap Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan kita tidak tahu bagaimana pasangan kita apabila mereka ini marah, dan cemburu. Mungkin si dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan yang tidak pernah dilihat. Terdapat beberapa kes, di mana pasangan memukul mangsa hanya kerana cemburu buta dan sifat barannya. Tetapi selepas itu, pasangan itu berbaik semula. Tetapi sampai bila perkara itu akan berulang. Ia perlu diberhentikan dengan segera. Tapi apa tindakan anda seorang wanita jika terlibat dalam perkara ini.



Ramai yang hanya mendiamkan diri hanya kerana sayang, tetapi sebenarnya ia salah. Terdapat empat tindakan mudah yang anda boleh lakukan apabila kejadian ini berlaku.

1. Luahkan kepada ibu bapa.

Ini adalah perkara paling asas yang anda boleh lakukan, luahkan perkara ini kepada orang yang anda percayai. Terutama kedua-dua ibu bapa anda, ataupun adik-beradik anda. Jangan biarkan diri anda terdedah tanpa perlindungan. Mungkin hari ini dia menampar anda mana tahu esok lusa ia akan memukul anda pula. Jadi ambil ini sebagai langkah utama anda. Jika berlaku apa-apa mereka sudah mendapat punca.

2. Mengambil rakaman.

Setiap kali anda dikasari, cuba untuk mengambil bukti seperti rakaman video ataupun gambar bagi memberi satu perjelasan yang jelas jika si dia bertindak dengan lebih ganas. Tetapi jangan gunakannya untuk mengugut si dia, hal ini kerana ditakuti akan bertindak lebih ganas.


3. Jika si dia menyentuh anda buat laporan polis.

Jika sedia mengasari anda buat kali kedua, jangan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Hal ini kerana, jika anda terus berdiam diri maka, si dia akan terus mengasari anda. Walaupun anda begitu sayang padanya. Jadi sebelum perkara lebih parah berlaku, lebih baik ambil tindakan.

4. Belajar berkata tidak terhadap dirinya.

Apabila anda cuba lari darinya, pasti si dia akan mengejar anda. Jadi jangan cuba untuk kembali kepadanya. Katakan tidak untuk semua perkara. Jika si dia bertanya adakah masih sayang, kata sahaja tidak. Tidak untuk semua perkara.

Perkara yang paling baik adalah, sebelum menjalinkan hubungan dengan seseorang adalah lebih baik selidik latar belakangnya dahulu. Jangan jadi mangsa kepada kekasaran, kerana anda berhak mendapat layanan yang baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen