Mencintai Pasangan Dalam Apa Keadaan Sekalipun.

Kata cinta mudah untuk diucapkan, tapi payah untuk diluahkan melalui perbuatan dan tingkah laku. Apabila pasangan dalam keadaan sempurna, dia mencintai sebaik mungkin. Tetapi apabila pasangan jatuh tersungkur, dia bahkan meninggalkan pasangan malah mencerca dan menghina tanpa ada perasaan kasihan sekalipun.

Cintai pasangan dalam keadaan apapun dia. Baik dia miskin, sakit, terpesong dari agama sekalipun, kasihi dan sayanginya. Jika benar  seseorang itu mencintai pasangannya, dia akan membantu sebaik mungkin untuk kembalikan semangat agar pasangan tersebut dapat membina kembali perniagaannya, membantu pasangan yang mempunyai sakit kembali pulih, dan membawa pasangannya ke arah yang benar jika selama ini dia tersasar. Itu adalah sebenar-benarnya cinta.



Khadijah. Isteri Rasulullah s.a.w. Sanggup mengorbarkan apa jua yang berada ditangannya untuk diserahkan kepada Rasulullah s.a.w. Dia tahu Rasulullah s.a.w akan menggunakan kekayaannya itu ke arah kebaikan. Dalam rumah tangga, Khadijah adalah pasangan yang paling dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. Kerana mengenangkan terlalu banyak pengorbanan beliau dalam rumah tangga dan dakwah, baginda tidak dapat melupakan Khadijah walaupun di telah lama meninggalkan Rasulullah s.a.w.

Begitu juga Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah dan isteri-isterinya yang lain. Sentiasa membantu dalam menguruskan hal rumah tangga, keperluan sendiri dilakukan sendiri tanpa meminta tolong isterinya. Rasulullah s.a.w juga sangat mengasihi isteri, anak-anak dan keluarga baginda.


Jika anda sedang mencari pasangan, pilihlah pasangan yang sanggup berkorban apapun demi anda tanpa menggadaikan maruahnya. Ujilah terlebih dahulu sikapnya dengan memberikan kesusahan kepada mereka. Lihat apa reaksi mereka. Jika ternyata dia masih setia dan tidak mengeluh, maka percepatkanlah jadikan dia sebagai pasangan.

Kehidupan berumah tangga adalah lebih realiti berbanding di alam percintaan. Kerana di alam percintaan, terlalu banyak kebohongan yang disembunyikan dan hanya yang indah sahaja kita munculkan. Sebab itu pasangan masih setia bersama kita. Untuk mengetahui sikap sebenar si dia, ujilah dia terlebih dahulu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen