10 Ciri-Ciri Wanita Baik Yang Lelaki Akan Menyesal Jika Tidak Jadikan Sebagai Pasangan.

Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Apabila anda berubah untuk menjadi orang yang baik-baik, dengan izin Allah anda akan bertemu dengan orang yang baik juga.

Tetapi kali ini, kita juga mahu tahu, apakah ciri-ciri wanita yang baik dan berubah untuk menjadi baik dan lelaki akan menyesal jika mereka menyakiti anda? Jom baca!



1. Wanita yang sentiasa memaafkan penipuan lelaki dan percaya bahawa si dia menipu pasti ada sebab tertentu, dan wanita hanya setia menunggu jawapan sebenar daripada lelaki.

2. Wanita yang tidak akan melenting jika lelaki batalkan temu janji mereka, tetapi wanita ini hanya kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan kekasih hatinya.

3. Wanita yang sering menerima maaf lelaki, walaupun dalam apa jua situasi dan keadaan. Malah mereka menerima maaf lelaki, walaupun tidak diungkapkan.



4. Wanita yang sentiasa mencuba untuk menjadi terbaik untuk pasangannya, kerana mereka tahu dengan lelaki tersebut usaha nya pasti membuahkan hasil.

5. Wanita yang sentiasa ada ketika lelaki itu gembira, sedih mahu pun susah. Dia memang sentiasa ada.

6. Wanita yang amat mementingkan hati dan perasaan lelaki, walaupun ketika dan saat itu mereka sibuk menguruskan kerja atau hal penting. Semata-mata untuk lelaki itu.

7. Wanita yang sanggup berhenti memasak seketika atau apa jua yang mereka lakukan, hanya kerana menerima whatsapp daripada kekasih hati.



8. Wanita yang mempunyai prinsip “Jika kita sentiasa melakukan kebaikan pada orang lain, pasti akan ada orang lain membalas dengan baik pada anda”

9. Wanita yang tidak mengharap apa-apa balasan setelah memberi, walau apa cara sekali pun. Si dia memang tidak mengharapkan balasan.

10. Wanita yang hanya mendiamkan diri walaupun lelaki itu telah menyakiti hatinya beberapa kali.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen