Lima Perkara Wanita Mahu Daripada Seorang Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika anda sedang menjalinkan hubungan ketika ini, di mana anda berjumpa dengan seorang yang mampu menjaga dirinya sendiri serta menjaga anda dengan baik. Tapi adakah anda sudah menyelami isi hatinya? Adakah si dia benar-benar bahagia berada di samping anda? Pernahkah anda cuba membaca isi hatinya? Atau anda hanya membiarkan dirinya melayani perasaannya sendiri. Tahukah anda terdapat lima perkara yang wanita benar-benar inginkan daripada seorang lelaki.



Ini dia lima perkara yang wanita mahu dari seorang lelaki.

1. Dipercayai.

Seorang suami atau lelaki perlu percaya akan isterinya atau pasangannya. Mungkin anda tidak mempercayai kerana si dia pernah melakukan kesilapan. Tapi ingat bahawa setiap insan di dunia ini pasti akan membuat kesilapan. Anda perlu percaya pasangan anda jangan membiarkan dirinya memandam rasa dengan anda.

2. Dihormati kebebasan.

Setiap orang inginkan kebebasan, jadi seorang wanita itu tidak mahu dikongkong. Mereka juga ingin bebas sementara waktu. Anda sebagai pasangannya perlu menghormati kebebasan terhadap pasangan anda. Jangan membiarkan dirinya rasa terkurung, kerana ia akan membuat dirinya pergi.


3. Kejujuran.

Setiap pasangan yang bercinta atau suami isteri perlu menyerahkan segala kejujuran. Hal ini kerana, setiap kejujuran itu akan membawa perhubungan itu pergi semakin jauh, jika anda mula menipu pasangan maka perhubungan yang anda bina itu tidak akan pergi jauh.

4. Lelaki yang boleh jaga diri.

Tidak semua perkara wanita perlu lakukan dan mampu lakukan. Mereka ini hanya mempunyai dua tangan. Tapi anda sebagai pasangannya jangan cuba mengambil kesempatan dengan menyuruhnya lakukan pelbagai perkara. Wanita suka akan lelaki yang boleh menjaga diri mereka sendiri. Hal ini kerana mereka mampu melakukan hal yang lain nanti.

5. Menyokong.

Setiap pasangan perlu saling menyokong, tetapi seperti sedia maklum, biasanya seorang wanita akan lebih menyokong pasangannya. Jadi bagaimana dengan wanita? wanita juga mahukan penyokong. Penyokong yang menyokong dirinya disaat lemah dan perlukan bantuan.

Jadi, selami hati pasangan anda. Jangan membiarkan dirinya memendam rasa dan akhirnya memusnahkan perhubungan anda dengannya. Jika anda sayang akan dirinya, mula teliti setiap hati dan perasaannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen