3 Gaya ‘Simple’ Wanita Yang Mampu Memikat Hati Lelaki.

Wanita perlu tahu, lelaki tidak gemar melihat perkara mahu pun keadaan sekeliling yang serabut. Mereka lebih gemar berfikiran mudah dan jika boleh semua telah disediakan serta merta. Bukan mereka tidak gemar menyelesaikan satu masalah, tetapi ‘keep it simple’.



Tetapi wanita pula semuanya agak complicated, daripada cara pemikiran hingga lah gaya penampilan. Dengan make up yang tebal, bag yang terlalu banyak barang, malah di dalam kereta seperti telah menjadi rak kasut untuk para wanita. Benar bukan?

Mengapa wanita lebih gemar menggayakan penampilan yang terlalu berlebihan atau excessive, walhal lelaki tidak memerlukan semua itu untuk menarik perhatian mereka.

Mungkin mereka akan melihat anda untuk kali yang pertama kerana penampilan yang menarik, tetapi tidak akan menatap lebih lama kerana sudah terlalu biasa melihat wanita seperti anda di mana-mana sahaja.

Jadi, penampilan simple yang bagaimana kah akan menarik perhatian lelaki?

1. Make up bersederhana.

Kita tahu, ayat cliché seorang wanita “Aku melaram sebab nak bina keyakinan diri sendiri untuk bertemu orang ramai. Bukan untuk mengorat lelaki”

Secara ironik, anda mula berfikir, kenapa anda masih single sehingga sekarang? Jadi, jangan bertindak tanpa berfikir wahai wanita. Lelaki sebenarnya tidak mahu melihat anda dengan make up yang tebal, seperti bulu mata palsu, gothic eye shadow di siang hari atau gincu terlalu merah ketika dating.

2. Kasut.

Tahukah anda wahai wanita, lelaki sebenarnya suka melihat apabila anda pandai menggayakan kasut dengan pakaian yang anda pakai ketika itu. Maksudnya, baju sukan sudah tentu dengan kasut sukan bukan?

Tetapi kasut tinggi, tidak pula terlalu tinggi, cukup sempurna digayakan jika kena dengan pakaian anda ketika itu. Dengan baju kurung mahu pun dress, atau pun pakaian kerja anda. Anda kelihatan anggun!

3. Pilihan jenis dan warna pakaian.

Make up yang sederhana, kasut tidak terlalu tinggi di kenakan pula dengan baju kurung cotton bercorak bunga kecil. Warna pula terang dan ceria. Cukup dapat menarik perhatian lelaki. Simple seperti warna lembut atau di kenali pastel. Tidak perlu memakai pakaian yang anda rasa tidak selesa yang akhirnya berpeluh dan mengeluarkan bau badan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen