Empat Ciri Wanita Yang Perlu Lelaki Jauhi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam pencarian cinta tidak semua dapat apa yang diidamkan. Kadang kala sebelum berjumpa dengan yang baik, diri ini akan diuji. Ujian yang bagaimana? Ujian ditemukan dengan orang yang salah hingga menyebabkan hubungan yang kita bina itu putus di tengah jalan. Hingga membuat hati kita terluka, tidak pun membuat diri tidak mahu melibatkan diri dalam perhubungan. Tapi ujian itu mematangkan diri seorang individu dalam mencari seseorang yang lebih baik dan berhati-hati dalam memilih pasangan. Bagi seorang lelaki, terdapat empat ciri wanita yang anda perlu elakkan, walaupun anda sangat menyayangi dirinya.



1. Penggoda.

Semua wanita mempunyai sifat menggodanya, tetapi ia berlaku apabila sudah berkahwin. Seperti menggoda suaminya untuk mendapatkan hubungan yang erat. Tapi jika anda baru sahaja berkenalan dengannya, dan si dia telah menunjukkan tanda-tanda ingin menggoda anda. Maka adalah lebih baik jika anda meninggalkannya. Hal ini kerana, jika si dia mampu menggoda anda selagi belum bergelar suami isteri. Tidak mustahil ia mampu menggoda ramai lelaki lain selepas atau sebelum menjadi isteri anda.

2. Tidak matang.

Wanita yang memiliki sifat kebudak-budakkan sememangnya kelihatan comel apabila dipandang. Tetapi mereka ini hanya memikirkan keuntungan diri mereka sahaja. Mereka juga tidak memikirkan sedalamnya ketika bertindak dan membuat keputusan. Jadi mereka ini hanya akan menambahkan beban anda untuk mengawal mereka dari melakukan perkara yang tidak elok.


3. Mata duitan.

Duit sememangnya penting pada masa ini, ia juga penting dalam setiap perhubungan. Tetapi, jika si dia menghabiskan wang ke arah tidak elok itu adalah satu pembaziran. Terutama jika pasangan anda itu ‘high maintenance’ lagi lah anda akan bertambah pening kepala. Mahu tidaknya, hendak membayar rumah ataupun kereta tetapi duit lebih dihabiskan dengan barang keperluan mereka yang mahal-mahal sahaja.

4. Bersosial.

Wanita yang suka bersosial dan bercampur lelaki perempuan adalah tidak elok dijadikan pasangan. Mereka ini tidak tahu menjaga maruah diri. Maruah diri ini bukan sesuatu yang boleh dianggap enteng. Hal ini keran, setiap perbuatan itu kan dibawa hingga ke anak cucu.

Jadi, apa yang dapat disimpulkan ialah, mencari calon isteri dan calon ibu kepada anak-anak kita nanti perlu berhati-hati. Jangan terlalu terdesak hendak berkahwin. Carilah jodoh anda dengan perlahan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen