5 Nasihat Anda Wajib Tahu Untuk Yang Bercinta Dan Bakal Berumah Tangga.

Orang yang telah lama dalam fasa perkahwinan seperti ibu bapa, anda perlu mendengar nasihat mereka. Kadang kala, anda yang sedang hangat bercinta seperti sukar untuk menerima nasihat kerana anda terlalu ego dan cinta pada pasangan. Tetapi selepas itu, hubungan kecundang, anda menyalahkan diri sendiri, lalu murung.



Jadi, nasihat yang bagaimana anda wajib ambil tahu sebelum ingin bercinta dan terus ke jinjang pelamin?

1. “Pilih lah pasangan yang menghasilkan hubungan sihat dan berkekalan”

Pilih pasangan yang mempunyai 4 K ini.

Komunikasi: anda berdua perlu bijak berkomunikasi antara satu sama lain, jangan hanya satu pihak sahaja yang mahu menang.

Kepercayaan: pasangan perlu percaya antara satu sama lain, walaupun anda berdua tinggal berjauhan.

Kejujuran: jangan ada rahsia antara pasangan yang akan membangkitkan pergaduhan.

Kehormatan: walaupun umur pasangan lebih muda atau tua, hormat pendapat mereka.



2. “Jangan risau kalau jadi single terlalu lama”

Jangan risau jika anda single terlalu lama, perbaiki diri anda sendiri dahulu, cari identiti, kukuhkan ibadah, dan lakukan segala perkara yang membuatkan anda bahagia sehingga bertemu jodoh yang betul.

3. “Jangan kenal seseorang yang tidak ketahui asal usul mereka”

Lebih mudah stalk atau risik sosial media mereka untuk mengetahui bahawa dia bukan lah menjadi orang lain. Sila jangan ambil mudah tentang pekerjaan, sahabat, ahli keluarga, atau alamat rumah mereka.



4. “Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin”

Ambil masa untuk berkenalan dan selidik latar belakang pasangan dengan teliti. Sentiasa meluangkan masa membuat aktiviti luar atau bersukan untuk melihat sikap sebenar mereka apabila diberi tekanan. Ambil masa!

5. “Pilih lah pasangan yang sanggup bermain lego dengan anda”

Kenapa lego? Sebab permainan lego kadang kala menguji kesabaran kita untuk membentuk sesuatu yang kita inginkan. Perkahwinan itu sesuatu jangka masa yang lama, dan bukan jangka masa yang pendek. Jangan main-main tentang perkahwinan, okay!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen