Pandangan Mata Seorang Lelaki Yang Perlu Wanita Ketahui.

Seorang wanita dikira sangat beruntung jika ada seorang lelaki menegur tentang pakaiannya yang kadang mencolok mata. Kerana apa? Kerana dia sebagai seorang lelaki tentunya lebih mengetahui akan pandangan mata dan nafsu kebanyakkan lelaki. Tubuh badan wanita menjadikan seorang lelaki liar untuk memandang lama. Sebab itulah Allah memerintahkan wanita agar melabuhkan dan melonggarkan pakaian. Mata seorang lelaki sangat tertarik pada bahagian tersebut.



1. Wajah.

Wajah yang cantik menjadi pujaan sebahagian lelaki. Dia sanggup mendapatkan wanita hanya kerana kecantikan yang ada pada seorang wanita. Tetapi ketahuilah wanita, lelaki begini akan meninggalkan wanita cantik apabila kecantikkan itu hilang dari wajah. Berhati-hati. Jadi, jika anda mempunyai pasangan, lihat dahulu peribadinya. Jika elok, ambil. Jika yang dia mahukan hanya kecantikkan yang ada pada anda, abaikan saja orang begini.

2. Dada.

Maaf. Ini mungkin sensitif untuk wanita. Tapi perlu diketahui, dada adalah bahagian yang wajib ditutup oleh wanita Islam. Kerana Allah sangat mengetahui akan pandangan seorang lelaki. Seperti dalam al-Quran dinyatakan:

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.

[an-Nur: 31]

3. Punggung.

Ini juga bahagian yang menjadi tarikan kepada seorang lelaki. Maka, longgarkanlah pakaian di bahagian ini. Antara hikmah Allah memerintahkan agar wanita berada di belakang seorang lelaki apabila solat, adalah untuk menjaga pandangan seorang lelaki. Jika wanita solat dihadapan lelaki, sudah tentunya tidak khusyuk bukan? Begitu juga jika lelaki dan wanita berjalan, sebaiknya wanita berada di belakang lelaki.



Seorang wanita yang menjaga pakaiannya, ini bermaksud dia telah menjaga kehormatannya. Maka, jika anda seorang lelaki, pilihlah wanita yang menjaga aurat sebagai teman hidup. Bagi wanita, jadikanlah pakaian yang menutup aurat sebagai pakaian yang disukai. Dengan itu juga, anda akan temui lelaki yang menjaga pandangan serta menjaga pergaulan. Jika anda berusaha untuk menjadi wanita baik, pasti Allah temukan anda dengan lelaki yang baik juga. Itu janji Allah bukan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen