Adab-adab Bagi Mengadakan Akad Nikah Di Masjid.

Mengadakan akad nikah di masjid sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia. Akad nikah boleh dilaksanakan dimana-mana sahaja asal tempat tersebut bebas dari tempat maksiat dan bersih. Melaksanakan akad di masjid juga boleh dibuat tetapi perlulah mengikut adab-adabnya. Antaranya adalah:

  • Pengantin

    1. Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan. Iaitu longgar, tidak jarang sehingga nampak kulit dan bentuk badan.

    2. Mengenakan solekan yang ringkas.

    3. Pengantin wanita dibenarkan memakai inai secara sederhana.

    4. Jika pengantin wanita didatangi haid, sebaiknya dilaksanakan di kawasan luar solat ataupun adalah lebih baik dilakukan di rumah.

    5. Memadai dengan membawa mas kahwin semasa upacara akad nikah tanpa membawa barang hantaran perkahwinan.

    6. Rakaman bergambar dan video dilakukan dengan sopan. Menjaga batas pergaulan ketika bergambar atau semasa melakukan sesi rakaman audio.


  • Ahli jemputan.

    1. Pakaian perlulah menutup aurat.

    2. Pakaian juga perlu suci dan bersih. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang didatangi haid dan kanak-kanak yang memakai lampin.

    3. Lelaki tidak dibenarkan memakai sutera tulen seperti yang diperintah dalam agama islam.

    4. Mengenakan solekan yang ringkas bagi ahli jemputan wanita.

    5. Tidak memakai perhiasan secara berlebihan. Lelaki hanya dibenarkan memakai cincin daripada perak dan platinum sahaja.

    6. Memakai bauan yang harum. Tetapi bagi wanita, pakailah bauan yang sederhana sekadar menghilangkan bau badan.

    7. Hindari daripada bercerita hal keduniaan dan rendahkan suara apabila berbicara.

    8. Kawal anak-anak daripada membuat bising.

    9. Sekiranya terdapat ahli jemputan berlainan agama, mintalah izin daripada pihak pengurusan terlebih dahulu. Memakai pakaian yang sopan, menjaga tingkahlaku dan tidak melaksanakan upacara keagaaman mereka di dalam masjid.

    10. Tempat duduk lelaki dan wanita haruslah diasingkan.

    11. Makan di tempat yang sesuai sekiranya disediakan makanan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen