Empat Tanda Ego Dirinya Adalah lebih Penting Berbanding Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan ini pasti mempunyai ego yang tersendiri, terutama golongan lelaki ini. Mereka ini biasanya lebih mementingkan ego daripada perasaan pasangannya. Puncanya kerana tidak mahu malu jika egonya direndahkan demi seorang wanita. Bagi mereka, ego ini penting demi menjaga air muka mereka di hadapan rakan-rakannya atau ahli keluarganya. Tapi tak akan si wanita ini tidak punya ego yang tersendiri. Biasanya ego seorang wanita itu hanya akan dipinggirkan oleh seorang lelaki. Terdapat empat tanda bahawa ego seorang lelaki itu lebih penting dari pasangannya.



1. Segala-galanya mengenai dirinya.

Antara dirinya, anda dan perhubungan, apa yang penting adalah ego dirinya. Setiap kesalahan yang berlaku walaupun dirinya yang bersalah, masih dianggap anda yang bersalah. Si dia tidak pernah mengakui bahawa kesalahan itu berpunca daripadanya. Tapi apabila pergaduhan berlaku, si dia menyatakan adalah suka memperbesarkan hal yang remeh.

2. Suka mengkritik perbuatan anda.

Si dia suka mengkritik setiap perbuatan yang anda lakukan kepadanya. Ia juga seperti tidak menghargai perbuatan itu, walaupun kadang kala ia sangat membantu dirinya. Bagi dirinya semua perkara boleh dilakukan dengan sendirinya. Jika anda tidak ada di sisinya juga tidak mengapa.


3. Segala-galanya salah anda.

Apabila si dia mengalami tekanan, anda yang disalahkan. Baginya setiap yang berlaku itu berpunca dari anda. Walaupun ia melibatkan masalah kerja dan bukannya hal peribadi. Apabila anda ingin membantunya, anda juga dimarahinya. Bagi dirinya itu halnya dan anda tidak berhak untuk masuk campur.

4. Perkara lain lebih menarik daripada anda.

Apabila anda ada bersamanya, si dia hanya lebih memilih untuk melihat yang lain berbanding anda. Ia bermaksud perkara lain lebih menarik berbanding anda. Ia juga boleh jadi sama anda persekitaran anda, atau telefon bimbit. Dan ia juga lebih memerhatikan dirinya sendiri berbanding anda.

Mungkin anda tidak sedar akan semua ini, bagi anda anginnya tidak menentu, itu yang menyebabkan si dia menjadi begitu. Tapi jika sehingga tidak menghiraukan anda, ia bermakna egonya lebih penting berbanding anda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen