Lima Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Apabila Pasangan Anda Ingin Kembali Kepada Bekas Kekasihnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti sukar untuk melupakan hubungan yang lama sebelum bertemu dengan yang baru. Lebih-lebih lagi kalau hubungan yang terdahulu telah bertahun, pasti memulakan perhubungan baru itu agak sukar apabila hati masih berada dengan lama. Tapi, kadang-kadang ia terpaksa apabila kekasih lamanya itu telah mempunyai pasangan yang baru. Tapi hati dan perasaannya masih belum diserahkan sepenuhnya pada anda. Bila dapat tahu kekasih lamanya kembali single, si dia pula ingin balik semula. Jadi apa yang anda harus lakukan? Kalau biarkan akan rasa kecewa kalau tahan pun akan rasa kecewa. Apa yang anda perlu lakukan adalah teliti lima perkara ini.



1. Jangan salahkan diri anda.

Anda tidak boleh menyalahkan diri anda. Semua ini berlaku adalah disebabkan pasangan anda. Jadi anda hanya berfikiran lebih terbuka dan positif. Mungkin anda akan merasa sedikit sakit hati. Tapi anda telah cuba menjadi pasangan terbaik untuknya. Tidak adil lah jika si dia ingin samakan anda dengan bekas kekasihnya. Jadi biarkan sahaja si dia menilai mana lebih baik. Tidak perlu lah memeningkan kepala anda.

2. Jangan menghalang dirinya pergi.

Apabila so dia ingin mengambil langkah untuk pergi, buat apa anda menghalangnya. Biarkan sahaja si dia pergi. Jika si dia terus di sisi anda pasti hatinya masih bersama yang lama. Anda juga pasti akan bertambah sakit hati. Jadi biarkan sahaja, anda pasti akan berjumpa dengan yang lebih baik.

3. Berikan ruang.

Jika sedia masih ragu-ragu dengan keputusannya, anda berikan si dia sedikit ruang untuk membuat anda berfikir. Jangan memaksa dirinya. Tetapi sambil-sambil itu, cuba memikat hatinya agar si dia memilih anda.


4. Lepaskan jika anda boleh melupakan dan memaafkan.

Jika anda rasa anda mampu memaafkan dan melupakan kesalahan pasangan anda, maka biarkan sahaja si dia pergi tanpa dihalang. Tapi jika anda tidak mampu memaafkan dan melupakan, apa kata anda cuba pertahankan perhubungan itu tapi jangan diakhiri dengan pergaduhan. Ia hanya akan membuat anda kalah sahaja.

5. Bertemu dan berbincang.

Jika anda ragu akan perhubungan anda, maka adalah lebih baik jika anda, pasangan anda berserta bekas kekasihnya berjumpa dan berbincang mengenai perkara ini. Mencari sefahaman yang paling baik, agar anda dan pasangan tidak terluka. Kalau boleh jangan biarkan diri anda terluka dengan perbincangan ini. Cuba pertahankan hak anda.

Jangan biarkan pasangan anda pergi semula kepada bekas kekasihnya, tetapi jika anda tidak sanggup untuk terluka lebih baik anda mengalah. Jangan terus mengharapkan dengan orang yang tidak tahu menghargai diri anda. Anda pasti akan berjumpa dengan jodoh yang lebih baik berbanding dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen