Bersyukurlah Mengenali Sisi Buruk Si Dia Sebelum Bernikah.

Sudah pastinya untuk membina rumah tangga, kita mahukan pasangan yang baik untuk dijadikan pasangan hidup. Andaikata kita melihat kekurangan pada pasangan sebelum bernikah, bersyukurlah. Kadang kala dalam tempoh perkenalan, banyak juga ujian yang ditimpakan kepada kita. Ada yang diuji dengan pasangan yang curang, baru diketahui dia pernah melakukan perkara yang dilarang sebelum ini atau apa saja yang menyakitkan kita.



Sekurang-kurangnya pada masa ini anda boleh membuat keputusan samaada ingin meneruskan perkahwinan dengan si dia atau memutuskan perhubungan tersebut. Alangkah kecewanya apabila anda mengetahui si dia mempermainkan anda apabila sudah berkahwin. Melainkan dia telah bertaubat kepada Allah. Sekiranya tidak, mungkin saja banyak tangisan akan dihabiskan untuk hal tersebut.

Apabila berlakunya salah faham dalam perhubungan, soallah mereka dengan tenang terlebih dahulu. Bukan membuat andaian dan terus menuduh si dia dengan tuduhan yang tidak sepatutnya. Lihat tingkah lakunya apabila dia berkomunikasi dengan kita. Adakah dia sedang berbohong atau berterus terang dengan sebaik mungkin.

Sekiranya anda yakin dia boleh berubah ke arah yang lebih baik, maka teruskan perhubungan tersebut hingga ke jenjang pelamin. Andaikata tidak, maka sebaiknya tidak meneruskan perhubungan tersebut. Percayalah, disebalik ujian pasti mempunyai hikmah yang tersendiri apabila kita bersabar. Hikmah tersebut mungkin saja boleh diketahui secara terus mahupun lambat.

Anda tidak perlu menangis dan berteriak. Hadapilah dugaan ini dengan penuh tabah. Lakukan solat sunat istikarah apabila keliru samaada mahu putuskan tunang mahupun tidak. Kemudian berbincanglah dengan keluarga, sahabat yang dipercayai. Setelah itu buat keputusan yang selayaknya.


Jika anda membuat keputusan untuk tetap bersama dengan si dia, berusahalah sama-sama untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ini. Ajak dia bersama melakukan kebaikan, bukan hanya meminta dia berubah seorang. Kerana perubahan memerlukan sokongan dari orang yang dipercayai malah dari orang yang dia sayangi. Seandainya berpisah, tidak mengapa. Berdoalah kepada Allah agar Allah memberikan jodoh yang lebih baik.


Don’t worry, be happy! Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor guys.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen