Wanita, Jangan Lakukan 5 Perkara Pelik Ini Di Awal Perkenalan Dengan Pasangan.

Wanita di luar sana harus berhati-hati dengan tabiat pelik anda sendiri supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan pasangan. Kadang kala, kita tidak sedar dengan tabiat sendiri kerana sudah terbiasa melakukannya setiap hari. Hanya pasangan yang benar-benar sayang pada anda akan cuba mengubah tabiat pelik itu.

Tetapi bagaimana jika anda mendapat pasangan yang tiada inisiatif untuk mengubah tabiat diri anda itu? Adakah mereka tidak menyayangi anda? Jika ini yang berlaku, anda perlu cepat-cepat sedar dengan tabiat pelik anda sendiri supaya hubungan masih lagi dapat bertahan, jadi apakah tabiat pelik tersebut, jom baca!



1. Terlalu menganalisis setiap perbincangan.

“Kenapa tak ada emoji ni? Awak tak happy dengan saya ke?” salah satu contoh tabiat pelik wanita sering lakukan. Kadang kala lelaki ini mahu cepat dan mudah, kerana itu mereka adalah makhluk yang sangat simple dan tidak complicated. Tetapi wanita pula seperti mahu menganalisa setiap komunikasi.

2. Tidak mempunyai kehidupan sendiri.

Bagi yang baru sahaja menjalinkan hubungan cinta, wanita seperti amat bergantung kepada pasangannya sehingga tiada kehidupan sendiri untuk di uruskan. Bukan sahaja mahu whatsapp setiap saat, malah setiap hari mahu berjumpa.

Tabiat ini sebenarnya merimaskan lelaki, tetapi jika lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak rimas, percaya lah apabila hubungan sudah lama terjalin, pasti akan merasa bosan.



3. Terlalu mendesak.

Jangan jadi wanita pendesak. Jangan jalinkan hubungan jika anda terdesak untuk mencari cinta tanpa memikirkan komitmen. Jangan mendesak pasangan untuk mengikut cara anda walhal baru berkenalan. Jangan terlalu terdesak sehingga sentiasa melihat sosial media si dia untuk melihat rutin harian mereka.

4. Andaian negatif.

Jika pasangan tidak membalas whatsapp anda hanya untuk beberapa jam, jangan membuat andaian yang terlalu negatif terhadap mereka. Jangan sering mengatakan “Kenapa reply lambat? Dah tak sayang saya ye?”

5. Terlalu cepat mengharap dan memberi.

Wanita jika di layan baik oleh lelaki memang sering mengharap cinta daripada mereka. Jadi, jangan terlalu berharap cinta di balas oleh nya di awal perkenalan, khuatir anda akan dikecewakan. Dan jangan pula menghabiskan duit untuk mereka juga, nanti akan di ambil kesempatan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen