Empat Sebab Wanita Yang Suka Mengkritik Ini Mempunyai Daya Tarikan Tersendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang takut untuk keluar bersama-sama wanita yang suka mengkritik orang lain. Walaupun secara kasarnya mereka ini tidak suka pasangannya menilai dirinya, tetapi ia sebenarnya membawa kebaikan kepada diri pasangan tersebut. Walaupun ia sebenarnya menyakitkan hati sedikit, memiliki pasangan sebegini membawa kebaikan dan perubahan yang besar dalam hidup seseorang. Jadi jangan takut untuk bercinta dengan wanita seperti ini.



1. Gigih dan rajin.

Wanita yang gemar mengkritik ini sebenarnya seorang yang gigih dan rajin. Hal ini kerana, mereka ini akan meneliti anda dari satu perkara ke satu perkara dan akhirnya membawa perubahan kepada anda. Kenapa ia rajin? Kerana di samping mengkritik mereka pasti akan meringankan tulang demi membantu pasangannya.

2. Meneliti kebolehan anda agar menjadi lebih baik.

Mereka juga akan meneliti kebolehan pasangannya agar sesuai dengan apa yang dimahukan. Sebenarnya ia bukan kebolehan aje, tetapi melibatkan kerjaya, pemakaian dan pemikiran pasangannya. Ia akan membantu pasangannya berada di dalam sudut positif walaupun pasangannya tidak bersetuju pendapat dengan dirinya.



3. Sentiasa berharap untuk yang terbaik.

Wanita ini juga sentiasa berharap agar perubahan dan kritikan yang diberikan itu akan dapat memberi sesuatu yang terbaik buat pasangannya. Jika tidak mahu yang terbaik, pasti mereka ini tidak akan mengkritik dengan kata-kata membina dan pedas.

4. Dia menerima kelemahan anda.

Sebelum memilih anda untuk menjadi pasangan ini telah meneliti dahulu kelemahan pasangannya. Mereka tidak mahukan yang sempurna tapi lebih mahukan yang sanggup berubah demi kebaikan bersama.

Jadi sebelum anda menyatakan bahawa mereka ini terlalu cerewet, cuba anda kenali dahulu hati budinya. Mana tahu mereka ini mampu membawa perubahan yang baik kepada diri kita. Tapi ramai sahaja di antara mereka ini miliki hati yang baik walaupun mulut sedikit pedas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen