Tegur Kerana Sayang.

Beruntung sekiranya masih ada lagi orang yang ingin menegur kesilapan kita. Itu tandanya dia menyayangi kita. Dia tidak mahu kita dihumban ke dalam api neraka atas perbuatan kita. Ia juga adalah salah satu cara untuk mendidik seseorang. Mendidik kadang kala memerlukan kelembutan, ada juga waktu yang memerlukan ketegasan atas sebab-sebab tertentu. Tapi bukanlah bermaksud untuk memukul atau mengherdik seseorang. Kerana mendidik itu memerlukan hikmah, iaitu kebijaksanaan.



Ada sebahagian orang, perwatakannya lembut dan sangat mudah terguris hati sekiranya ada yang berlaku kasar terhadapnya. Maka, orang begini memerlukan teguran yang baik. Dengan penuh kasih sayang dan sopan. Untuk yang berperwatakan kasar, biasanya egonya tinggi, pantang dicabar. Oleh itu, teguran berbentuk cabaran adalah berkesan kepadanya.

Seorang lelaki menegur pasangannya agar menjaga pakaian supaya tidak terdedah, ini bermaksud dia cemburu apabila pandangan seorang lelaki lain melihat wanita yang dia sayangi. Selain itu, dia juga tidak mahu pasangannya akan mendapat dosa atas terdedahnya aurat tersebut, bahkan dia juga akan menanggung dosa sekiranya sudah menjadi suami isteri.


Jika seseorang menegur kita, terimalah dengan hati terbuka. Baik dia tegur secara lembut mahupun tegas. Kerana kita sendiri kadang kala tidak nampak kesilapan sehinggalah ada yang menegur. Berterima kasihlah kepada orang yang menegur. Menegur seseorang bukan perkara yang mudah. Perasaan takut diherdik, takut putus pertalian menyebabkan tertangguhnya seseorang menegur orang yang disayangi. Oleh itu, apabila ada yang menegur, hargailah mereka.

Apabila kita ingin menegur seseorang pula, sebaiknya tegurlah dengan cara berlemah lembut terlebih dahulu, sekiranya tidak berkesan, barulah menggunakan kaedah lain supaya teguran itu berkesan. Setiap orang mempunyai karekter yang berbeza. Kenali karekter orang yang kita ingin tegur terlebih dahulu, kemudian berulah kita menegur mengikut kesesuaian mereka.


Nasihat menasihati amatlah digalakkan dalam Islam. Kita dianjurkan begitu agar kemungkaran di muka bumi dapat dikurangkan. Kerana kita juga kan di soal di akhirat kelak apabila tidak menegur kesilapan orang lain. Lebih-lebih lagi yang mempunyai tanggungjawab atas orang yang dipimpin. Sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawab tersebut, maka binasalah dia di akhirat kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen