Lelaki Sejati Bukanlah Sekadar Janjikan Perasaan, Dia Juga Buktikan Kesetiaan.

Ramai lelaki yang boleh sekadar menaburkan janji manis. Bagi mereka, senang saja ucapkan sayang atau 'I love you'. Sayangnya kasih sayang tak boleh dibuktikan dengan kata-kata semata-mata. Bila mula-mula bercinta, hati pasti akan terbuai dengan mimpi dan janji manis si dia. Tapi sampai bila? Lama-lama, hati kita akan mula tertanya-tanya. 'Kenapa dia kata macam ni, tapi dia buat macam tu?'



Hubungan yang kukuh takkan terbina dengan janji manis sahaja. Cinta sejati perlu dibuktikan dengan kasih sayang, kesetiaan, tanggungjawab dan pengorbanan yang dicerminkan melalui tingkah laku anda. Kalau dah suka, jangan buat si dia terluka. Hati sesiapa pun akan kecewa bila dia tahu orang yang selama ini dicintai, sebenarnya tak setia. Jadi jangan buat hal! Jaga hati dan perasaannya supaya anda boleh pupuk hubungan yang akan kekal sampai bila-bila.



Bila bercinta, anda dan dia sama-sama berjanji dan mengambil amanah dan tanggungjawab dari pasangan anda untuk setia sampai bila-bila. Jaga amanah itu. Cuba bayangkan, betapa sedihnya hati anda kalau anda dah beri hati pada si dia untuk dijaga tapi sebaliknya dipermainkan pula. Jadi jangan tabur janji kalau anda tak mampu tepati. Jangan kata cinta kalau anda tak rasa sepenuh hati. Anda sendiri pun pasti nakkan pasangan yang boleh beri komitmen sepenuhnya. Bukan seseorang yang hanya tahu berjanji manis tapi seseorang yang boleh buktikan cinta dengan tindakan. Pasangan yang setia dan yang boleh menerima kita seadanya akan buat anda rasa bahagia dan secara automatik, anda pun akan lebih mudah sayang dan jatuh hati pada dia. Sebaliknya kalau anda curang, mungkin satu masa nanti anda pula yang akan dipermainkan. Jangan sampai menyesal nanti.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen