Tinggalkanlah Cinta Yang Sia-sia. Yakinlah Allah S.W.T. Tetap Ada.

Oleh: Rafi

Mungkin ada yang berfikir, sebenarnya bercinta semasa belajar boleh berjaya juga. Ada juga kita terdengar kisah kawan kepada kawan atau saudara sepupu kepada jiran kita yang bercinta sejak berumur 15 atau 16 tahun dah kini akhirnya berkahwin juga. Hakikatnya, berapa ramai orang yang betul-betul dapat pertahankan hubungan cinta yang berputik di zaman belajar? Selalunya, selepas tamat pelajaran, ramai yang baru nak kenal dunia luar lalu hubungan yang sedia ada terputus begitu saja. Kan merugikan masa? Oleh itu, kalau anda dah terjebak dalam hubungan cinta, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil agar hati tak terus jauh daripada Allah SWT.



1.Terus terang dengan pasangan anda. Katakan padanya bahawa masa untuk berumah tangga masih jauh lagi. Nasihatkan dia supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah dan sama-sama cuba jauhi maksiat sebelum kahwin.

2.Sibukkan diri dengan aktiviti yang dapat mengurangkan ingatan antara satu sama lain. Kerahkan tenaga dan fikiran ke arah perkara yang diredhai Allah SWT. Jika fikiran sudah tertumpu kepada Allah, sikit-sikit perasaan cinta itu akan dapat disingkirkan dari hati.



3.Jika anda masih teringatkan si dia lebih dari anda ingatkan Allah SWT, cuba bernekad untuk 'buang' terus si dia dari hati anda. Tingkatkan rasa cinta anda kepada Allah SWT dengan membuka mata anda kepada semua rahmatNya. Hargai setiap yang anda di sekeliling anda. Bila anda dah nampak segala bukti cinta Allah SWT kepada anda, rasa cinta yang tak perlu sesama manusia akan hilang.

4. Elakkan untuk janji sehidup semati. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan jadi kenapa nak menduga takdir? Kita tak tahu pun siapa jodoh kita yang sebenarnya. Tambahan pula sikap suka berjanji ini hanya akan mendorong ke jalan maksiat.

5. Kalau usaha anda untuk melupakannya gagal, banyakkan ibadat dan doa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Minta Allah menukar cinta kepada manusia itu menjadi cinta yang sejati hanya untuk Dia. Mohon Allah kurangkan rasa rindu pada manusia. Allah SWT lah yang menjadikan kita, menjadikan hati kita dan memiliki hati kita, jadi dia mampu sembuhkan hati kita.



6. Kurangkan perhubungan dengan si dia dan elakkan bertembung dengannya. Kalau boleh, jangan berhubung melalui telefon, whatsapp atau FB pun. Untuk kebaikan hati kita juga, kan?

7. Kalau anda dah cuba semua tapi si dia maish tak faham dan mahu berkasih-kasihan seperti biasa, lupakanlah si dia. Jangan tergoda dengan fizikal atau janji manisnya kepada anda. Sebelum kahwin, semua yang buruk pun Syaitan akan buat seakan nampak indah di mata anda. Jangan takut kehilangan atau takut nak kecewakannya sebab nanti bila sampai masanya, Allah SWT akan gantikan dengan yang lebih baik. Tegas dengan diri sendiri dan si dia juga. Ini jauh lebih selamat dari membiarkan diri terus hanyut dalam cinta yang tak tahu hujung pangkalnya. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen