Perkahwinan Ibarat Solat Berjemaah.

Ye, perkahwinan bagi saya ibarat solat berjemaah. Suami IMAMnya, Isteri & anak-anak MAKMUMnya. Sweeet huh?



Seperti solat berjemaah. Susahnya nak pilih imam,

‘Kaulah, kau mengaji sedap’

‘Kaulah, kau sekolah agama?’

‘Kaulah, kau lebih layak’ etc.

Semua pun menolak, sanggup nak solat sendirian tak nak 27 kali ganda ganjaran pahala takut kena tolak jadi imam.  Last-last orang yang sama jugak yang jadi imam hari-hari.



Sebab apa?

Sebab imam perlu bertanggungjawab bukan setakat ke atas dirinya sendiri, malah ke atas makmum-makmum sekaliannya. Banyaknya dosa yang bakal ditanggung tak terkata. Nak jadi imam masjid, imam muda? Sangat rumit juga pemilihannya. Begitulah perkahwinan. Muslimah, anda perlu memilih imam anda. Imam Hassan pernah ditanya seorang bapa:

‘Dengan siapakah perlu aku kahwinkan anak perempuanku?

Beliau menjawab;

‘Kahwinkanlah dengan lelaki yang beragama dan bertakwa. Jika dia sayang pada anakmu, dia akan melayannya dengan baik. Jika tidak sayang, dia tidak akan melayannya dengan buruk.’  InshaAllah akan sejahtera hidup di dunia hingga ke syurga.



Mungkin semua orang boleh jadi makmum. Tapi sebaik-baik makmum adalah makmum yang:

Mampu menggantikan imam apabila imam terbatal solatnya, mampu menyambung bacaan tatkala imam terlupa, mampu menegur jika ada salahnya.

Menegur secara berhemah dengan kalimah ‘SubhanAllah’ (bagi makmum lelaki). Masih memuji Allah dalam teguran? Indahnya islam. Bukan makmum yang hanya menurut membuta tuli, entah betul entahkan tidak.

Macam isteri, isteri bertanggungjawab:

Mengurus rumah tangga dan anak-anak sewaktu ketiadaan suami, perlu mengimamkan anak-anak bila suami berjemaah di surau. Dan ketahuilah sesungguhnya, sebaik-baik wanita itu ialah:

Apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.

Nampak? Walaubagaimanapun, pemilihan imam lebih utama. Agak-agak ada tak imam yang pilih makmum? Lelaki sekarang lebih cerewet memilih suri hidupnya. Satu-satu hati wanita dikecewakan, masih belum jumpa yang berkenan.



Kan ustaz Pahrol kata:

‘Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu’.

Wanita pula: ‘I ikut U jela, I pun takde sape-sape sekarang’

Sepatutnye, muslimah: ‘maaf, awak belum layak jadi imam saya, berhenti merokok dulu, belajar solat, belajar mengaji, baru masuk meminang saya’ (ada berani?).

Bagi kelancaran solat berjemaah, imam dan makmum memainkan peranan penting. Belajar dan menuntutlah ilmu fardhu ain yang satu ini buat bekalan tiba di hari dan waktunya nanti.  Nak tengok anak-anak anda nanti macam mana, tengoklah bakal suami atau isteri anda.

Khadijah r.ha sendiri meminang Rasulullah. Masih dikatakan perigi mencari timba? Mungkin sekarang tidak lagi. Walaupun memilih itu perlu, tapi jangan sampai habis waktu solat kerana menunggu imam terbaik yang tidak juga kunjung tiba. Solat bersendirian pun tidak,berjemaah apetah lagi. Sungguh, ‘Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi'.

Sampai bila mahu solat bersendirian? Solat yang di awal waktu secara berjemaah itukan lebih afdal.  Rasulullah s.a.w bersabda:

‘Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi’

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen