Keadah Meluahkan Hasrat Ingin Mengahwini Seseorang Untuk Lelaki Dan Wanita.

Menjadi fitrah kepada manusia mencintai antara satu dengan yang lain. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk membina rumah tangga. Lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai kemampuan untuk menampung sara hidup berumah tangga kelak. Dengan mempercepatkan perkahwinan, ia dianjurkan oleh Islam agar tidak berlakunya pelbagai kes yang boleh menjatuhkan kehormatan seseorang. Oleh itu, disenaraikan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menyatakan hasrat mengahwini seseorang.



1. Sindiran.

Ada sebahagian orang, kaedah ini boleh digunakan supaya tidak menampakkan dia terlalu agresif untuk mengahwini seseorang itu. Mungkin boleh bertanya terlebih dahulu adakah wanita atau lelaki berkenaan sudah berpunya ataupun belum.

Jika belum berpunya, teruskan dengan sindirin untuk menyatakan hasrat tersebut. “Oh. Kalau macam tu, bolehlah saya masuk meminang nanti.” Jika seorang wanita tersenyum sipu, itu tandanya dia bersetuju. Jika mempunyai pelbagai alasan, kemungkinan besar dia menolak. Tetapi sebaiknya berikan masa untuknya berfikir terlebih dahulu. Iyalah. Perkahwinan bukanlah hal yang boleh dibawa main-main.

2. Terang-terangan.

Untuk lelaki atau wanita yang berkeyakinan tinggi, bolehlah menggunakan kaedah ini. Nyatakan saja hasrat untuk mengahwininya. Dapatkan terus nombor telefon sekiranya masih belum ada untuk memudahkan urusan ke arah gerbang perkahwinan atau dapatkan alamat rumah ibu bapa mereka bagi meneruskan langkah seterusnya iaitu meminang atau merisik.

3. Menggunakan orang tengah.

Kaedah ini juga sering digunakan bagi menghormati seseorang yang diminati. Carilah orang yang boleh dipercayai dalam menyampaikan hasrat ini. Samaada sahabat terdekat atau orang yang mampu menguruskan hal tersebut. Kerana tujuan menyatakan hasrat ini adalah untuk membina rumah tangga yang harmoni. Cara ini juga boleh dipraktiskan oleh wanita yang berhasrat ingin menjadikan seorang lelaki sebagai imamnya.

4. Ibu bapa.

Apabila seorang lelaki meminta izin ibu bapa untuk mengahwini orang yang disukai, kemudian terus sahaja berjumpa orang tua wanita berkenaan, sebenarnya lelaki itu menampakkan kesungguhan untuk bersama dengan wanita tersebut. Kemungkinan besar seorang lelaki akan diterima oleh wanita tersebut sekiranya dia masih tidak mempunyai calon untuk dikahwini.


Jadi, pilihan di tangan anda. Pilih sahaja kaedah mana yang mahu anda gunakan. Berdoalah agar orang yang anda minati itu dapat menerima anda, lakukan juga solat sunat istikarah dan berbincanglah dengan kedua ibu bapa untuk meneruskan hasrat tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen