Wanita, Berterima Kasihlah Kepada Suami Dan Ingatilah Kebaikannya.

Dalam peristiwa solat gerhana matahari, Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya melaksanakan solat tersebut dalam tempoh waktu yang panjang.

Rasulullah s.a.w diperlihatkan oleh Allah keadaan syurga dan neraka. Ketika baginda s.a.w melihat neraka, maka baginda s.a.w bersabda kepada sahabatnya: “Aku diperlihatkan keadaan neraka yang mana aku tidak pernah melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kaum wanita. Lalu para sahabat bertanya: “Mengapa berlakunya perkara sedemikian wahai Rasulullah?”

Rasulullah bersabda: “Ia disebabkan oleh kekufuran yang telah dilakukan oleh mereka.”

Kemudian sahabat bertanya lagi: “Adakah mereka kufur kepada Allah?”

Baginda SAW menjawab: “Mereka kufur (tidak berterima kasih) terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) pasti dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan yang ada pada dirimu.’ ”
[Riwayat Bukhari]


Pada hari ini, kita boleh melihat perkara ini sering berlaku dalam masyarakat khususnya kepada wanita. Wanita hari ini sering melupakan kebaikan daripada suaminya. Sedangkan dia telah banyak berkorban untuk isterinya. Hanya dengan satu kealpaan suami, isteri terus membenci sang suami.

Keadaan ini sememangnya tidak adil bagi seorang lelaki. Jika diteliti dengan baik, seakan-akan perkara ini suatu yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan wanita. Ungkapan ini sebenarnya dilarang untuk wanita ucapkan kepada seorang suami. Demikian juga perkataan yang menyakitkan hati seorang suami.

Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka bukanlah disebabkan jantinanya, tetapi sikapnya itu yang membawa dia dihumban ke dalam neraka. Sebetulnya, wanita amat mudah untuk memasuki syurga dengan solat lima waktu, puasa di bulan ramadan, menjaga kehormatan serta taat kepada suami. Itu sahaja syaratnya. Tetapi kebanyakkan isteri lupa akan hal ini.

Apabila wanita berada dalam keadaan emosi, mereka cepat untuk menjatuhkan hukuman terhadap seseorang dan terus melupakan segala kebaikan seseorang terhadapnya. Demikian juga jika kita melukakan hati seorang suami. Lelaki juga mempunyai perasaan, mereka tidak menunjukkan reaksi sedih di hadapan wanita. Kerana itu bukan caranya. Apabila dia menyendiri, marah kembali atau tidak mahu bercakap, itu reaksi dan respon yang dapat mereka berikan.


Ingatlah wanita, sebenarnya perkataan itu sungguh kejam apabila diungkapkan. Oleh itu, jagalah perkataan apabila berhadapan dengan mereka. Bermesra boleh, tapi jangan berlebihan. Mereka seorang suami yang perlu dihormati. Dengan berbuat demikian, menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki. Fahamilah sifat seorang lelaki, anda juga akan difahami oleh mereka.

Apabila seorang wanita telah melakukan hal demikian, mohon maaflah kepada suami. Setelah itu, mohonlah keampunan kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar serta bersedekahlah, agar segala dosa yang pernah dilakukan terhadap suami diampuni oleh Allah.


Yang belum berkahwin, jadikanlah ini sebagai pengajaran yang bermakna agar tidak melakukan kesilapan kelak. Berlemah lembutlah terhadap suami, hormatilah mereka dan selalulah berkata terima kasih kepadanya kerana dia telah banyak membantu kita dalam menyelesaikan urusan rumah tangga. Apapun, selamat mejadi isteri yang baik dan solehah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen