5 ‘Post’ Menjengkelkan Tentang Pasangan Yang Anda Tidak Patut Kongsi Di Sosial Media.

Kepada pasangan yang telah berkahwin atau yang sedang hangat bercinta, anda harus lah hormati privasi pasangan. Jangan cuba menceroboh telefon bimbit pasangan anda, dan tanpa segan silu memuat naik gambar tersebut pada sosial media. Malah, anda juga gemar  memuat naik aib pasangan.

Jadi, apakah post atau status tentang pasangan yang menjengkelkan, anda tidak patut kongsi di sosial media, jom baca!

1. Privasi di dalam bilik.

Kepada yang telah berkahwin, sila jaga adab anda apabila di sosial media. Tidak perlu kongsi apa yang telah terjadi antara anda dan pasangan di kamar, malah tidak perlu berkongsi artikel tentang suami isteri di sosial media. Kelihatan zaman sekarang, pasangan seperti tidak segan silu tag atau mention nama pasangan di sosial media.



2. Maklumat peribadi.

Jika anda mahu memuat naik gambar lokasi rumah, kereta atau yang mempunyai maklumat peribadi pasangan, pastikan anda tidak mendedahkan nombor plat kereta pasangan, alamat rumah pasangan, nombor kad pengenalan mahu pun lesen. Ini sangat membahayakan!

3. Gambar bermanja bersama pasangan.

“Semua orang pun bercinta dik” kata si makcik bawang. Iya, jaga lah tata tertib anda di luar mahu pun di sosial media. Tidak perlu setiap minit anda mahu memuat naik gambar bermanja bersama pasangan. Jaga hati pasangan, ibu bapa yang melihat, saudara mara dan terutama rakan yang masih single. Makan hati mereka melihatnya.



4. Gambar yang tidak sedap mata memandang.

Atau dengan kata lain, gambar yang tidak senonoh tentang pasangan anda. Ketika tidur menganga di dalam kereta, ketika sedang menjamah makanan dengan mulut yang penuh, dahi berkerut kerana menahan kesakitan atau gambar yang tidak menutup aurat. Tolong jaga hati mereka, khuatir mereka akan terkilan.

5. Kata-kata kesat.

Apabila berlaku pergaduhan antara anda berdua, bukan sahaja berperang mulut, malah di sosial media juga anda memuat naik status yang mencaci maki dan sambung di sana pula. Tak manis orang melihat. Tolong jaga diri dan pasangan, jangan sampai membuka aib masing-masing.

Artikel lain yang anda boleh baca Berkenalan Di Muka Buku? 5 Cara Untuk Memastikan Anda Selamat Ketika Bertemu Dengan Teman Sosial Media.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen