Lima Punca Wanita Perlu Pergi Dari Sebuah Perhubungan Itu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita berhak untuk memilih dan merasai bahagia. Jika anda rasa teraniaya terhadap perhubungan anda, anda perlu mengambil langkah untuk pergi dari perhubungan tersebut. Kerana setiap perhubungan ini memerlukan perkongsian dan pemberian, bukannya memenuhi kepuasan dan kehendak sendiri. Ini dia lima sebab mengapa wanita perlu pergi dari sebuah perhubungan itu. Jangan ragu-ragu lagi, pasti ramai lagi yang tahu menilai anda selepas ini.



1. Dikritik.

Seorang wanita sepatutnya dibimbing setiap kelemahannya, bukan dikritik dan direndahkan. Jadi tidak salah sekiranya seorang wanita itu mahu mengundurkan dirinya dari sebuah perhubungan. Hal ini kerana, setiap orang yang berpasangan ini sebenarnya tidak layak untuk mengkritik pasangannya. Walaupun mereka rasa mereka telah berikan yang terbaik. Tetapi sebenarnya tidak. Jadi seorang wanita berhak pergi apabila dikritik oleh pasangannya.

2. Tidak dapat luahkan perasaan.

Jika seorang wanita tidak mampu untuk meluahkan perasaannya sendiri, bermakna dia sedang dikawal di dalam perhubungan tersebut. Makanya, dia hanya mampu menurut dan berserah kepada pasangannya tanpa anda sedikit bantahan walaupun hati dan perasaannya tidak disetujui. Jadi wanita juga berhak meninggalkan perhubungan seperti ini kerana terdapat banyak lagi pasangan yang baik yang boleh diperolehnya.

3. Rasa tidak dihargai.

Setiap perhubungan perlu ada rasa menghargai pasangan, barulah rasa sayang akan sentiasa tumbuh dalam perhubungan tersebut. Hargai setiap perbuatan yang pernah pasangan lakukan terhadap kita. Tetapi jika kita telah lakukan pelbagai cara dan pasangan tidak lihat serta tidak tahu hargai. Lebih baik kita mencari pasangan yang tahu menghargai diri seorang wanita.



4. Memberi wang kepada pasangan.

Ini adalah perkara yang perlu dielakkan oleh seorang wanita. Seorang wanita tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak demi hanya kerana seorang lelaki. Jika anda kerap mengeluarkan duit untuk pasangan anda, ini bermakna pasangan anda sedang mengambil kesempatan ke atas ada. Jadi tinggalkan sahaja pasangan seperti itu.

5. Tiada tempat bergantung.

Dalam perhubungan setiap pasangan perlu saling bergantung antara satu sama lain. Jika anda seorang wanita yang merasa tiada tempat bergantung walaupun di dalam perhubungan. Maka lebih elok jika anda akhiri sahaja perhubungan itu. Baik berdikari sendiri dari mempunyai pasangan.

Jadi sebagai seorang wanita, jangan terima sahaja apa yang pasangan anda telah lakukan terhadap anda. Jangan membiarkan diri anda direndahkan dan diabaikan di dalam perhubungan. Anda juga mempunyai hak untuk bahagia, maka tinggalkan hubungan lama dan mulakan perhubungan yang baru.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen