Lima Topik Perbualan Ringkas Yang Boleh Digunakan Ketika Pertama Kali ‘Berdating’.

Oleh: Zuzu Yasmine

Topik perbualan pada pertemuan pertama ini teramat penting untuk mengubah pandangan pasangan kita terhadap kita. ia juga menunjukkan adakah kita ini seorang yang membosankan atau sebaliknya. Pandangan pertama pasangan kita ini juga akan membuat dirinya berminat untuk mengetahui mengenai diri kita ini dengan lebih lanjut. Hal ini kerana, kebiasaannya pertemuan pertama ini kelihatan sedikit kekok dan gementar sehingga tidak tahu apa yang perlu dibualkan. Pemilihan topik bualan yang ringkas ini akan menjadikan seseorang itu lebih cepat mesra. Ini dia, lima topik perbualan yang anda boleh gunakan ketika pertama kali dating.



1. Macam mana kehidupan masa kanak-kanak.

Ini adalah topik perbualan yang paling ringkas dan ringan untuk pasangan yang baru sahaja ingin berkenalan. Tanya sahaja mengenai zaman kanak-kanaknya. Pasti ia mudah untuk diceritakan kerana kebanyakan zaman kanak-kanak adalah zaman yang menyeronokkan. Dengar dan saling berkongsi setiap kenangan yang diungkit kembali agar perbualan kalian menjadi lebih panjang.

2. Filem kegemaran.

Selain itu juga, perkongsian mengenai filem kegemaran juga boleh diguna pakai. Tanya sahaja mengenai genre filem yang disukai, dan filem kesukaannya. Jadi anda boleh menggunakannya untuk membuat pertemuan kali kedua. Di samping itu juga, anda boleh mencari minat yang sama terhadap dirinya.

3. Haiwan peliharaan.

Soalan ini sesuai digunakan untuk memikat hati para gadis. Tanyakan sahaja haiwan apa yang disukainya. Ataupun adakah si dia mempunyai haiwan peliharaan. Anda juga boleh bertanya setiap nama haiwan peliharaannya itu. Anda juga boleh berkongsi jika anda juga mempunyai haiwan peliharaan yang sama.

4. Apa perkara yang membuat anda bersyukur?

Ini pula adakah untuk menguji tahap dirinya. Tapi ia bukan sesuatu yang serius. Tanya dengan perkara-perkara yang santai seperti kejayaan yang pernah diperoleh atau perjalanan hidupnya. Ini demi untuk mengetahui sedikit sebanyak akan latar belakang dan kisah hidupnya.

5. Apa yang dikatakan oleh rakan-rakan mengenai keperibadian anda?

Bertanya padanya apakah perkara yang rakan-rakannya suka mengenai peribadinya. Tapi tanya mengenai peribadi yang ke arah kebaikan bukannya keburukan tapi jika si dia senang berkongsi akan perangai buruknya ia merupakan satu bonus untuk anda.

Lima topik ini boleh digunakan untuk anda memikat atau memancing pasangan anda untuk terus berbual dengan anda. Tidak lah pertemuan pertama ini penuh dengan kebosanan sebab tak tahu nak bual apa. Pertanyaan yang nampak mudah tapi anda akan cepat kenal personaliti pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen