Lima Ciri Perhubungan Yang Tidak Dapat Diselamatkan Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap perhubungan mempunyai pasang surutnya. Tapi jika sebuah hubungan itu hanya surut sahaja tidak ada pasangnya bagaimana pula ye? Mestilah perhubungan itu menjadi tidak seronok dan membahagiakan. Mungkin anda perlu selamatkan perhubungan anda. Tapi anda sendiri tidak tahu adakah hubungan anda boleh diselamatkan atau tidak. Mungkin lima ciri ini akan membantu anda untuk tahu adakah hubungan anda boleh diselamatkan lagi atau tidak.



1. Berhenti berkomunikasi antara satu sama lain.

Anda dan pasangan telah lama berkomunikasi antara satu salam lain. Anda juga hanya membicarakan hal-hal yang remeh seperti adakah sudah makan atau sedang lakukan apa, selepas dua tiga perbualan anda dan pasangan anda sama-sama hilang dari perbualan tersebut. Anda dan pasangan juga tidak berusaha untuk mencari atau menghubungi sesama anda. Dan hanya membiarkan ia berlanjutan.

2. Tidak saling menghormati.

Jika dahulu anda dan pasangan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kata dan perbuatan akan menunjukkan anda sangat menghormati pasangan anda. Tapi kini telah berubah, anda dan pasangan sudah hilang rasa hormat antara satu sama lain. Sama ada dari segi kelakuan atau percakapan.

3. Rasa kosong walaupun di sisinya.

Walaupun berjumpa dengannya dengan pergi menonton wayang atau makan bersama, tapi hati anda terasa kosong ketika berhadapan dengannya. Ia seolah-olah anda sudah tidak mempunyai hati dengannya lagi. Apa yang anda lalui dengannya itu bagaikan satu kepura-puraan.

4. Tiada perubahan emosi selepas bergaduh dengannya.

Dahulu apabila anda bertengkar dengan pasangan anda, anda pasti akan merasa sedih dan kecewa. Di samping itu juga rasa takut kehilangan yang amat sangat. Tapi kini, apabila anda dan pasangan terlibat dalam pertengkaran, ia seolah-olah perkara biasa yang anda rasa tidak perlu sedih atau kecewa terhadapnya.

5. Anda tidak menyayangi dirinya lagi.

Setelah melalui empat ciri di atas, kini anda baru sedar bahawa anda sebenarnya sudah tidak menyayangi dirinya lagi. Rasa sayang dan cinta yang dahulu anda kagumi kini telah hilang, kini yang tinggal hanya rasa ingin pergi darinya walaupun si dia tidak bersedia.

Walaupun anda memiliki lima ciri ini, itu tidak menjadikan alasan untuk anda pergi meninggalkan dirinya. Mungkin perlu lakukan sesuatu untuk membuat anda mempunyai perasaan terhadapnya kembali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen