Cara Mengatasi Masalah Ekonomi Rumah Tangga Sejak Bujang.

Perit diawal perkahwinan adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakkan pasangan. Tetapi, untuk sebahagian yang mempunyai matlamat dan tujuan, mereka tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri dan pasangan. Oleh itu, mereka merancang strateri yang bijak agar masalah ekonomi dalam rumah tangga tidak berlaku kepada mereka.



1. Asingkan perbelanjaan.

Di malaysia, hantaran seakan menjadi kemestian yang perlu diberi oleh pihak lelaki kepada perempuan. Oleh itu, asingkanlah perbelanjaan perkahwinan dan perbelanjaan setelah berkahwin agar anda dapat menggunakan wang dengan sebaik mungkin.

2. Berjimat.

Berjimat cermat adalah digalakkan apabila sudah bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga mahupun yang belum lagi mempunyai calon. Tidak rugi sekiranya duit tersebut disimpan dengan baik. Untuk yang belum mempunyai calon, ketetapan untuk melangsungkan perkahwinan masih belum diketahui. Sekiranya salah satu dari pihak pasangan ingin mempercepatkan perkahwinan apabila anda sudah berkenan kepada seseorang, maka ini akan memeningkan kepala dan menyerabutkan fikiran.

3. Melakukan dua pekerjaan.

Sebelum berkahwin, anda tidak mempunyai banyak komitmet berbanding sudah bernikah. Oleh itu, manfaat waktu dengan sebaik mungkin agar dapat melakukan dua kerja dalam satu masa. Yang penting, ada juga masa untuk berehat. Kesian diri, nanti merana.

4. Berkongsi pendapatan.

Seorang yang sayang akan pasangannya, akan mengorbankan harta demi kekasihnya. Wanita juga boleh membantu dalam menambahkan pendapatan seorang lelaki. Jika sudah sepakat untuk bernikah, apa salahnya jika lelaki mengumpulkan wang untuk hantaran, wanita mengumpulkan wang untuk keperluan rumah kelak. Tidaklah terseksa nanti apabila masuk rumah baru. Apapun, sedarilah sang lelaki, tanggungjawab anda sebagai seorang suami untuk memberikan nafkah kelak berada di tangan anda. Jika seorang wanita sanggup membantu, hargai dan hormatilah mereka.


Yang penting, bertoleransilah dengan pasangan agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kos yang perlu dijimatkan, maka kurangkanlah. Dengan penjimatan tersebut, anda boleh manfaatkan untuk hal yang lebih penting. Selamat berjaya!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen