Merebut Pahala Seperti Orang Berkahwin. Yang Belum Ada Jodoh, Jom Lakukan Ini.

Ganjaran pahala bagi orang yang sudah bersuami isteri tentunya berganda-ganda daripada orang yang tidak mempunyai jodoh. Apa juga kebaikan yang mereka lakukan dalam perkahwinan dikira pahala di sisi allah. Pastinya Allah tidak berat sebelah dalam hal ini. Orang yang belum mempunyai jodoh tentunya ada corong-corong pahala yang boleh mereka dapatkan sebelum membina rumah tangga. Mereka yang belum mempunyai pasangan suami atau isteri dapat mengerjakan kebaikan melalui perkara ini.



1. Ibu bapa.

Ibu bapa adalah orang yang melahirkan dan membesarkan kita. Banyak pengorbanan mereka tidak terbalas oleh kita semenjak dari kita kecil hingga saat ini. Jadi, untuk menghargai pengorbanan tersebut, berbakti kepada mereka adalah jalan terbaik bagi mengumpul ladang pahala. Ini adalah waktu terbaik membalas segala kesusahan mereka menjadikan kita seorang yang berjaya.

2. Keluarga.

Jika mereka dalam kesusahan, bantulah untuk membuat mereka bahagia. Percayalah, dengan kita membantu orang lain, Allah juga akan memudahkan urusan kita. Adalah lebih baik kita tidak meminta daripada mereka apa-apa ganjaran. Mohon saja kepada mereka agar mereka mendoakan kita agar dipermudahkan urusan untuk membina rumah tangga. Bukankah itu idea yang bernas?

3. Menuntut ilmu.

Pergilah mempelajari ilmu baru lebih-lebih lagi mendalami ilmu agama. Mungkin ada hikmah Allah melambat jodoh kita. Dia mahu kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, barulah kemudian Allah memberikan kita juga jodoh yang baik. Bukankah Allah pernah berkata, “lelaki yang baik, untuk wanita yang baik.” Begitu jugalah sebaliknya.

4. Membantu orang yang memerlukan.

Masuklah mana-mana NGO agar kita dapat berbakti kepada masyarakat. Gunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin agar kebaikan dan pahala berganda-ganda buat kita sekiranya dilakukan dengan ikhlas. Jika tidak dapat bersama NGO, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh ditempat kerja anda sekarang. Memudahkkan kerja seseorang atau sebuah syarikat juga adalah cara untuk kita juga dipermudahkan urusan.


Jadi, usahlah bersedih jika bersendirian. Allah sentiasa bersama hamba-hamba-nya. Minta dan mohonlah kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik pada waktu yang tepat. Laksanakan perkara-perkara ini agar kita diberikan pahala yang banyak seterusnya memudahkan urusan kita untuk membina rumah tangga.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen