5 Cara Yang Sesuai Untuk Berbicara Tentang Bakal Suami Kepada Ibu Bapa.

Sebagai wanita, perasaan gemuruh untuk bincang tentang teman lelaki mahu pun bakal suami pasti ada. Anda sentiasa tidak dapat berbicara pada masa yang sesuai dan sentiasa tergendala perbualan tersebut. Ada sahaja yang anda rasa tidak kena ketika itu.

Jadi, cara yang bagaimana kah untuk memberitahu pada kedua ibu bapa anda, yang anda bakal berkahwin? Jom Baca!



1. Masa dan mood yang sesuai.

Anda perlu bertindak ketika ibu bapa dalam keadaan mood yang sangat rileks dan tenang. Jangan mulakan bicara anda ketika mereka sedang sibuk menguruskan hal keluarga atau hal penting. Jika anda berbicara ketika itu, akan bertambah tidak baik angin mereka.

2. Ibu atau bapa?

Apabila anda telah melihat keadaan dan situasi yang sangat tenang, anda perlu bijak memilih pada siapa anda ingin memberitahu dahulu? Atau pun anda akan memilih keduanya? Ini kerana, ibu atau bapa akan memberi reaksi yang sangat berbeza. Jika ibu anda seorang yang setia mendengar dan tidak menilai secara luaran, bincang lah pada mereka dahulu, kemudian mesti ibu anda akan memberitahu pada ayah bukan?

3. Masak makanan kegemaran mereka.

Sama ada makan tengah hari, malam atau pun minum petang. Tidak perlu masak makanan yang berat dan sukar untuk anda ikuti, cukup sekadar kuih atau kek. Berkemungkinan masa yang sesuai adalah ketika minum petang, cekodok dan kopi pasti membangkitkan selera mereka untuk menjamah. Pastinya ketika itu, adalah masa yang sesuai untuk anda cerita kan tentang bakal suami anda.



4. Rajin mengemas rumah.

Jika anda sudah bersedia untuk berumah tangga, rajin-rajin kan diri anda untuk sentiasa mengemas rumah. Ketika ini lah potensi anda untuk berumah tangga sangat meyakinkan kedua ibu bapa anda. Tidak lah mereka berdua risau tentang diri anda setelah berumah tangga. Bukan hanya dapat menjaga diri, malah untuk bakal suami juga.

5. Nada suara yang lemah lembut.

Ketika ini anda perlu membuktikan, anda adalah satu-satunya wanita yang mempunyai nada suara seperti perempuan melayu terakhir. Sangat menenangkan dan meyakinkan kedua ibu bapa. Tutur kata juga perlu di susun dan tidak tergagap, yang paling utama pandang tepat ke arah kedua ibu bapa ya.

Selamat mencuba, jangan melengah-lengahkan perkara yang baik!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen