5 Tanda Lelaki Sudah Sedia Menerima Teman Wanitanya Sebagai Bakal Isteri.

Teman tapi mesra, teman lelaki sementara, mahu pun teman lelaki yang suka menghilangkan diri tidak akan melayan wanita sama seperti teman lelaki yang bakal menjadi suami suatu hari nanti. Teman lelaki yang serius untuk menjadikan wanita sebagai bakal teman sehidup semati mereka, akan melayan dengan penuh kasih sayang dan kejujuran.



Jadi, bagaimana wanita perlu tahu dan apa tanda-tanda bahawa lelaki ini memang begitu serius mahukan anda menjadi teman hidupnya? Jom baca!

1. Perbincangan yang serius.

Ketika ini, tatap lah mata lelaki wahai wanita dan dengar dengan teliti, adakah dia seorang lelaki yang sudah bersedia untuk meletakkan komitmen yang tinggi dalam hidup? Adakah lelaki itu sentiasa boleh bawa berbincang tentang masa hadapan?

Adakah lelaki itu tidak malu untuk berbincang kisah perkahwinan dengan anda? Jika semua jawapan adalah Ya, maka anda boleh lihat tanda-tanda yang seterusnya, masih lagi tidak boleh terburu-buru.

2. Si dia secara total sudah move on!

Move on dari segala kisah lama dan semua bekas kekasih mereka. Lelaki ini juga telah delete segala nombor telefon bekas kekasih mereka mahu pun segala kenangan dan gambar. Dan ternyata! Sudah pasti! Hanya kamu sahaja lah yang mereka sentiasa hubungi dan di dalam fikiran.



3. Mengenalkan diri anda pada ahli keluarganya dan sering berjumpa dengan ibu bapa anda.

Tanda yang seterusnya, si dia sudah berani singgah ke rumah anda kerana ingin mengenali ibu bapa anda dengan lebih dekat. Malah, si dia juga membawa anda ke rumahnya untuk berkenalan dengan ahli keluarganya. Si dia tidak lagi malu untuk mengenalkan anda sebagai “Ini lah bakal isteri saya”.

4. Si dia jujur.

Kejujuran adalah salah satu aspek yang penting di dalam perhubungan. Dan bagi si dia, tiada sebab untuk menipu anda lagi kerana mereka juga telah move on daripada segala kisah silam. Dan jika mereka ingin menipu, mereka akan berfikir dan berhati-hati untuk tidak melukakan hati anda.

5. Si dia berusaha untuk meleraikan pergaduhan.

Setiap pasangan, apabila berlaku nya perbalahan antara mereka berdua, masing-masing akan menjadi ego dan berkeras hati. Mereka hanya menunggu, siapa yang akan memujuk siapa tanpa tiada inisiatif untuk meleraikan konflik. Tetapi lelaki ini lain daripada yang lain kerana si dia tidak suka akan pergaduhan dan mahu hubungan yang sihat antara anda berdua.

Adakah teman lelaki anda sudah mempunyai 5 tanda ini, jangan lepaskan mereka!

Artikel lain yang anda boleh baca
1. 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Buang Perasaan Benci Pada Sayang Untuk Pasangan? Jom Baca!,
2. 5 Cara Untuk Menghiburkan Hati Teman Lelaki Atau Suami Anda Ketika Mereka Tertekan? 
3. Perbezaan Antara Lelaki Dan Wanita. Kenapa Wanita Lebih Emosional Dan Lelaki Gemar Protes?





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen