Lima Perkara Yang Dilakukan Wanita Selepas Putus Cinta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja ditinggalkan kekasih, ada wanita yang tidak mahu meratapi hubungan yang tidak menjadi itu. Terutama menunjukkan kesedihan yang dialaminya. Apabila berhadapan dengan orang ramai, wanita ini akan menunjukkan kegembiraan diwajahnya. Tapi itu bagi wanita yang kuat, bagaimana pula dengan wanita yang menunjukkan kesedihannya. Sebenarnya, setiap wanita yang baru sahaja putus cinta ini mempunyai lima tabiat yang sememangnya akan dilakukan sehinggalah mereka ini benar-benar bersedia untuk move on.



1. Stalking.


Sudah menjadi kebiasaan dan kemahiran seorang wanita untuk menjadi stalker dalam mencari tahu apa yang hatinya ingini. Setiap media sosial bekas teman lelakinya akan di lihat untuk mengetahui adakah si dia sudah mempunyai pengganti dirinya. Jika sudah ada, bagaimana pengganti dirinya itu. Maka dari situ bermula babak-babak membandingkan dirinya bersama kekasih baru bekas teman lelakinya itu.

2. Mendengar lagu cinta.

Walaupun dalam keadaan putus cinta, mereka ini tetap memilih lagu cinta dan sedih untuk didengari. Terutama jika lagu yang mereka dengar itu seakan-akan kisah hidupnya. Pasti lagu-lagu itu akan didengari setiap hari dan masa.

3. Bergosip tentang EX mereka.

Ini adalah perkara yang menjadi kesukaan kaum ini. Apabila berkumpul beramai-ramai bersama temannya, pasti cerita mengenai bekas kekasihnya akan terkeluar. Maka dari situ segala cerita luar dan dalam akan di beritahu kepada rakan-rakannya. Ia mungkin juga ia sebagai tempat meluahkan perasaan.

4. Melawat Tempat Kenangan.

Ketika bercinta dahulu, tempat-tempat seperti taman dan kedai makan ini adalah tempat yang paling mereka suka untuk ‘berdating’. Mereka ini hanya akan mengimbas kembali kenangan-kenangan lalu sebelum mengambil langkah untuk melupakannya.

5. Menangis.

Setelah melakukan pelbagai cara, akhirnya kaum ini akan menangis semahu-mahunya. Menangis untuk menghentikan segala duka dihati dan mengambil langkah untuk melupakan hubungan yang tidak menjadi itu.

Kenapa mereka lakukan semua itu? Mungkin di dalam hati mereka masih sayang akan bekas kekasihnya itu, tetapi tidak ada jodoh di antara mereka. jadi ini adalah perkara yang mereka boleh lakukan sebelum mengambil langkah untuk move on.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen