Kewangan adalah perkara penting apabila membina rumah tangga. Seorang lelaki, dia berusaha akan memberikan yang terbaik buat orang yang dia sayangi. Tetapi, agak mustahil sekiranya dia mendapatkan gaji yang lumayan dalam tempoh masa yang terdekat. Melainkan dia berusaha siang dan malam untuk menambah pendapatan mereka.
Dilema seorang lelaki apabila ingin mengahwini seorang wanita adalah pada wang hantaran yang terlalu tinggi. Baru sahaja bergraduasi dan mendapat pekerjaan, mana mungkin dia akan mendapat gaji yang mahal.
Seorang wanita yang baik, dia akan membantu sedaya upaya untuk memudahkan urusan perkahwinan. Dia berfikir, tidak salah baginya untuk mengurangkan tekanan seorang lelaki dalam memcari rezeki. Sanggup susah payah bersama seorang lelaki yang dia sayangi dan berkorban semampunya.
Wanita yang hanya memikirkan kewangan dan harta, saat senang dia datang, saat susah dia tinggalkan lelaki tersebut. Tidak boleh hidup dalam kesusahan sedikit, bahkan selalu merungut dengan keadaaan yang dihadapi. Apa nak buat bila berhadapan dengan wanita begini? Tinggalkan saja. Ramai wanita yang sanggup bersusah payah apabila memulakan hidup yang baru. Kalau dah dapat wanita begini, usah tinggalkan mereka. Hargai mereka kerana dia sanggup bersama anda.
Mendapat lelaki yang bergaji tinggi hanyalah bonus buat wanita. Untuk tahu kesetiaan mereka, buatlah sesuatu kepada mereka agar kita dapat mengetahui adakah dia seorang yang setia atau sengaja mendampingi kita hanya semata-mata kita seorang yang berduit.
Sia-sia saja bersama orang mata duitan. Bila senang, dia datang. Bila susah, dia menjadi mantan. Maka, meranalah seorang lelaki apabila ditinggalkan dalam keadaan kesempitan. Rugi.
Carilah seorang wanita yang mempunyai agama dan akhlak yang baik. Sudah pasti apabila bersamanya, anda akan bahagia. Untuk mengenali seorang wanita yang baik, dia tidak hanya memikirkan hal dirinya semata, tapi cakna juga terhadap orang lain. Bila ada lebihan wang, dikongsi. Bila kekurangan wang, dia akan membantu apa adanya untuk mengembirakan seseorang.
Jadi, apabila ingin bersama seorang wanita, buatlah penilaian terlebih dahulu. Jika sudah jatuh cinta, merana pula nanti. Oleh itu, pilihan terletak di tangan anda. Buatlah pilihan yang bijak. Anda mampu mengubahnya. Eh! Hehehe
Tinggalkan Komen