Lelaki Pemalu Adalah Pasangan Setia.

Lelaki adalah pemimpin bagi seorang wanita. Ada sebahagian lelaki, dia sangat malu berhadapan dengan orang ramai. Tidak biasa, membuatkan dia hilang arah untuk bercakap dengan orang yang belum rapat. Tetapi, ketahuilah wanita. Seorang lelaki pemalu juga mempunyai kehebatan yang tersendiri. Iyalah. Setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing. Itu tidak boleh kita nafikan.

Jika anda berhadapan dengan mereka, usahlah memandang rendah terhadap mereka. Mungkin dia minat akan anda, tapi anda mempermainkannya, ini bahaya. Lelaki pendiam kadang kala tidak menunjukkan reaksi apabila orang yang dia minati menghinanya. Tapi apabila keluar taringnya, bersiap sedialah kau wanita. Bahaya menanti. Jadi, usah sakiti mereka. Jika tidak minat, katakan secara baik kepadanya. Hormati dia sebagai seorang lelaki.



Apabila sudah bernikah, seorang lelaki pemalu baru menunjukkan dirinya yang sebenar. Kadang kala dia sebenarnya sangat ramah dengan orang lain, peduli terhadap orang yang disayangi serta cakna akan sesuatu yang terjadi terhadap pasangan. Beruntung kan?

Oleh itu, tidak perlulah katakan dia seorang yang pasif. Dia ada kelebihan, tetapi sengaja disembunyikan. Baginya, kehebatan itu bukan untuk ditayang. Tapi digunakan dengan sebaik mungkin. Seorang lelaki pemalu juga sangat setia akan pasangannya, dia sanggup berkorban apa sahaja demi pasangan agar pasangannya bahagia.

Mungkin saja kehidupan dia yang dikelilingi oleh wanita, menyebabkan dia menjadi seorang yang pemalu. Misalnya mempunyai adik beradik perempuan yang ramai. Oleh itu, serba sedikit mempengaruhi kehidupannya.


Pemalu dengan lembut adalah hal yang berbeza. Orang yang pemalu, kurang bicaranya, sering kali menghindarkan diri untuk berdepan orang ramai dan tidak suka untuk bergaul secara berlebihan. Jika anda bersama orang begini, saya katakan anda seorang yang beruntung. Kerana pastinya dia akan setia bersama anda. Tetapi, ditegaskan sekali lagi, hormatilah dia. Dia juga akan menghormati anda dengan sebaik mungkin.

Oh ya, bezakan lelaki pemalu dengan acah-acah pemalu. Kalau acah-acah pemalu, sekali dia ngap, habis kau. Ada udang disebalik batu. Mahu mengambil kesempatan terhadap wanita. Jika terjumpa, cepat-cepat hindari terhadap mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen