5 Perkara Ini Boleh Buat Lelaki Mengalirkan Air Mata Tanpa Wanita Sedar.

Lelaki yang sentimental itu ramai, tetapi jarang kita lihat. Pandai sang jejaka ini menyorok perasaan sentimental nya sendiri. Adakah mereka malu ketika air matanya mengalir atau pun risau menjadi bahan gelak tawa si sahabat. Yelah, sudah tentu tak nampak macho nanti menangis di khalayak orang ramai kan?

Jadi para wanita, apakah 5 perkara yang bakal membuat pasangan anda ini mengalirkan air mata? Bersiap-sedia untuk memujuk mereka.



1. Kerana wanita yang dia cintai.

Situasi 1: Ketika ditinggalkan oleh kekasih yang sangat dicintainya.

Situasi 2: Ketika lamarannya di terima oleh bakal isterinya.

Situasi 3: Saat diijab kabul. Ketika ini, anda tidak tahu bagaimana gementarnya hati si dia untuk melafazkan akad nikah, ada juga sebahagian lelaki akan mengalirkan air mata, kerana telah berjaya melalui proses pernikahan dan yang pasti sudah berjaya memiliki hati anda secara total.

2. Ketika perkara buruk berlaku kepada ibu bapanya.

Ibu bapa adalah orang yang menjaga mereka daripada kecil, mendapat berita buruk seperti kemalangan adalah mimpi ngeri bagi mereka. Ketika ini air mata lelaki akan kelihatan, kerana kegusaran dalam hati mereka.



3. Membuat ibu bapa nya bangga dengan pencapaian mereka.

Selain khuatir jika segala perkara buruk berlaku kepada kedua ibu bapa mereka, mereka juga akan mengalirkan air mata ketika mencapai sesuatu yang di ingini. Ketika ini sudah tentu kedua ibu bapa akan menangis melihat pencapaiannya dan apabila melihat reaksi ini, sudah tentu mereka juga akan mengeluarkan air mata tanpa di sedari.

4. Kematian haiwan kesayangan.

Siapa sangka, makhluk kejadian Allah yang kental hatinya akan menangis kerana kematian kucing kesayangan. Untung jika wanita mempunyai pasangan begini, kerana mereka adalah seorang yang sangat penyayang.

5. Kehilangan barang yang dibeli dari hasil titik peluhnya sendiri.

Bukan mudah untuk lelaki mengumpul duit dan membeli sesuatu dengan hasil titik peluhnya sendiri. Terutamanya apabila kehilangan kereta pertama atau terpaksa menjual kereta pertamanya. Mereka mungkin akan mengalirkan air mata tanpa orang sekeliling sedari.

Anda juga boleh tahu tentang Adakah Lelaki Akan Menangis Setelah Putusnya Hubungan Si Dia Dengan Kekasih Hati?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen